Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.pa.san] | لڤسن

Definisi : orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas askar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.pa.san] | لڤسن

Definisi : orang yg telah tamat dr sesuatu pusat pengajian (universiti, maktab dll): Tujuan latihan itu adalah utk menyediakan belia ~ sekolah dgn berbagai-bagai kemahiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A) Pelajar Lepasan Tingkatan 5 (B) Lepasan Tingkatan 5 Adakah kedua-dua betul? Saya tidak dapat pasti. Sekian.

Ejaan yang betul ialah "Pelajar lepasan tingkatan 5".

Tatabahasa06.07.2011
saya graduan lepasan ijazah dalam bidang bahasa dan linguistik melayu.bagaimanakah saya hendah mendaftar dengan EBP?Pada masa ini DBP tidak mendaftar mana-mana graduan ijazah untuk berkhidmat di DBP. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat jawatan kosong yang bersesuaian dengan kelayakan, DBP akan mengiklankannya di media percetakan dan laman web DBP. Lain-lain18.03.2008
Nurul Syuhada Mar 19th, 10:51am Adakah DBP ada menyediakan biasiswa untuk pelajar lepasan SPM?DBP tidak menyediakan biasiswa untuk lepasan SPM, tetapi DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di institusi pengajian tinggi dalam negeri iaitu, Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail.Lain-lain19.03.2015
Nak tanya Hj. Amizul? Yang mana satukah betul antara "Kursus Perguruan Lepasan Ijazah" @ "Kursus Perguruan Lepas Ijazah (yang kini diguna oleh KPM)"... TKYang betul ialah Kursus Lepas Ijazah. Lepasan ijazah merujuk kepada pelajar.Tatabahasa08.03.2009
Enam peratus daripada peserta-peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini?Penanda jamak boleh hadir sekali dalam satu ayat, contohnya "enam peratus daripada peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.Tatabahasa29.07.2013
Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman

1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan.

2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan.

3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara.

Istilah03.03.2009
Assalamualaikum Adik saya seorang lepasan jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan di UIAM .apakah prospek kerjaya jurusan adik saya ini, di DBP atau dimana mana sektor pekerjaan? mohon nasihat..Untuk maklumat lanjut, kunjungi Karnival kerjaya yang diadakan, juga lihat pemakluman dalam akhbar tentang peluang kerjaya yang sesuai. Sebarang kekosongan jawatan di DBP akan diiklankan dalam akhbar harian utama Negara dan laman web kami www.dbp.gov.my.Lain-lain03.03.2015
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara. Baru- baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakan tempoh masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap ke jawatan tetap, lebih-lebih lagi kos kehidupan di Kuala Lumpur adalah tinggi. Terima Kasih

Tahniah kerana telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan kami.

Untuk makluman sdr, sekiranya terdapat sebarang kekosongan jawatan pada masa yang akan datang, sdr perlulah mengisi dan melengkapkan borang permohonan jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak kami. Psertasi kerja sdr sebagai pekerja sambilan merupakan suatu nilai tambah kepada sdr untuk dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan DBP.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa isu penyerapan daripada jawatan bertaraf sambilan kepada jawatan bertaraf tetap tidak timbul kerana proses untuk mengisi jawatan kosong dilaksanakan secara terbuka kepada semua warganegara malaysia yang berkelayakan. Sekiranya sdr benar-benar bertekad untuk berkhidmat secara tetap dengan DBP, kemukakanlah permohonan dan tunjukkanlah prestasi kerja yang membanggakandalam tempoh sdr berkhidmat secara sambilan ini.

Lain-lain28.10.2008
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih

Sdr,

Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini.

 

Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit.

 

Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak.

Lain-lain28.10.2008
Perkataan alumni sesuai digunakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah ke? Sekiranya tidak sesuai, apa perkataan lain yang sesuai digunakan?Kata alumni bermaksud seperti yang berikut:

alumni kata nama
1 bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi:
Contoh penggunaan:
Beliau telah dilantik sebagai Presiden alumni USM.
Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

2 bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesebuah persatuan, program dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara;
Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja.

Kata lain yang boleh digunakan ialah bekas atau mantan mengikut kesesuaian konteks dan maknanya.

Sila rujuk kamus yang terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat berkaitan bahasa Melayu.
Makna16.12.2023
123

Kembali ke atas