Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.réng] | ليريڠ

Definisi : (léréng) 1. permukaan yg di sekeliling barang yg pipih bulat (roda dll); kereta ~ basikal; beca ~ tiga beca roda tiga; 2. permukaan bukit yg senget (miring), sisi gunung: ke ~ gunung itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap; lereng-lereng roda kecil pd kaki katil (meja dll); berlereng ark menaiki basikal, berbasikal; melereng 1. berputar atau berpusing (roda dll); 2. senget (tanah dll), landai, miring; lerengan tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll): mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~ bukit yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.réng] | ليريڠ

Definisi : (léréng) Jw corak yg menyerong (pd kain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.réng] | ليريڠ

Definisi : /léréng/ 1 permukaan bukit yg miring atau senget; sisi bukit (gunung): Biasanya pokok teh ditanam di ~-~ bukit. 2 permukaan di keliling benda pipih atau bundar (spt roda). kereta ~ basikal. lereng-lereng roda kecil pd kaki katil, kaki meja dll. melereng 1 landai atau miring (bkn tanah). 2 bergerak berguling-guling (bkn roda). lerengan tanah yg menurun (biasanya pd bukit, gunung dll): ~ bukit itu ditumbuhi semak samun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lereng (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, tepi, rusuk;,
Kata Terbitan : melereng,

Peribahasa

Lampai bagai pimping di lereng,
     lemah bagai lenggundi muda.

Bermaksud :

Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wheel castorlereng-lereng rodaKejuruteraanTiadaTiada
negative wheel castorlereng-lereng roda negatifKejuruteraanTiadaTiada
castor anglesudut lereng-lerengKejuruteraanTiadaTiada
positive wheel castorlereng-lereng roda positifKejuruteraanTiadaTiada
creeperpenjalarKejuruteraanTiada1. Pelantar rendah di atas lereng-lereng kecil yang digunakan untuk sokong belakang dan kebolehgerakan apabila seseorang bekerja di bawah kereta.,2. Rantai tak berhujung yang menyangga gandar kereta lombong pada bar mengunjur.
felloelerengKejuruteraanTiadaLereng: Bahagian luar roda, tempat tayar dipasang.
contour terracingpeneresan konturPertanianAgronomi

 Kaedah memotong permukaan tanah di lereng bukit yang curam untuk memudahkan penanaman dan mengelakkan hakisan tanah. Lereng bukit ditandakan dengan pancang mengikut ketinggian aras atau kontur yang sama. Tanah pada kontur ini diratakan mengikut kelebaran yang sesuai, iaitu antara 2 meter hingga 4 meter, dan penanaman pokok seperti getah, kelapa sawit atau durian dibuat di tengah teres yang terbentuk. Teres ini akan memudahkan pergerakan manusia untuk menoreh atau memetik buah.  Selain itu, teres ini akan mengurangkan kelajuan air dari atas bukit apabila hujan, sekali gus mengurangkan kemungkinan hakisan tanah berlaku. Jarak antara teres kontur adalah antara 10 meter hingga 20 meter. Di beberapa negara seperti Indonesia dan China, peneresan kontur juga dilakukan untuk penanaman padi di lereng bukit.

bench terraceteres bangkuPertanianAgronomi

Kawasan datar di lereng bukit yang dibina dengan memotong tanah pada lereng bukit mengikut kontur tanah dan diratakan. Tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam dalam barisan pada teres tersebut. Tujuan membina teres bangku adalah untuk menyekat saliran air yang boleh mengakibatkan hakisan tanah. Teres ini juga memudahkan kerja-kerja menyelenggara tanaman dengan adanya laluan datar.

platform plantingpenanaman platformPertanianAgroteknologiKaedah penanaman di atas satu tapak yang dibina khas di lereng bukit. Kaedah ini dapat melindungi kawasan bukit tersebut daripada hakisan apabila hujan lebat. Melalui kaedah ini, hanya sebahagian kecil kawasan platform itu sahaja yang diusahakan tanpa mengganggu kawasan lereng bukit yang tidak ditanam. Contoh tanaman yang sesuai ditanam di kawasan ini ialah pokok durian dan pokok-pokok hutan seperti jati.
slopelereng; kelerengan; cerunFizikTiadaTiada
123456

Kembali ke atas