Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[les.ta.ri] | لستاري

Definisi : Jk tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; pelestarian perlindungan drpd kemusnahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[les.ta.ri] | لستاري

Definisi : tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). kelestarian keadaan lestari. pelestarian perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lestari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permaculturepermakulturPertanianAgroteknologiSatu cabang reka bentuk dan kejuruteraan ekologi termasuk pembinaan dan pengurusan sumber air bersepadu yang bertujuan membangunkan sistem habitat lestari serta sistem pertanian lestari yang berasaskan ekosistem semula jadi dan mesra alam. Tiga prinsip permakultur ialah memelihara bumi, memelihara manusia dan mengitar semula hasil lebihan. Dalam permakultur, sesuatu kawasan direka bentuk supaya terdapat integrasi antara unit seperti unit pertanian, unit pemprosesan, unit pemasaran dan semua bahan input berada di dalam kawasan itu sendiri.
sustainable agriculturepertanian lestariPertanianAgroteknologiLihat pertanian mapan.
sustainable fashionfesyen lestariKesenianTiadaFesyen pakaian yang diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar, seperti fabrik kitar semula. Fesyen ini juga tidak banyak menggunakan tenaga kerja.
maximum sustainable yieldhasil lestari maksimumSains MarinTiadaTahap penghasilan maksimum yang dapat dicapai pada sesuatu unit masa. Pada tahap penghasilan ini sumber semula jadi seperti sumber perikanan, sumber hutan dan lain-lain yang boleh dieksploitasi secara rutin tanpa menyebabkan kepupusan sumber.
sustainable agriculturepertanian mampan/pertanian lestariPertanian OrganikTanaman Makanan-
sustainable water sourcesumber air lestariPertanian OrganikTanaman Makanan-
green buildingbangunan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauStruktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum.
sustainable systemsistem mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang bersifat lestari, mampu berkembang serta mencapai tahap prestasi yang baik, contohnya amalan 3R dalam pengurusan sisa pepejal.
applied sustainable systemsistem mampan terapanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang mempunyai entiti lestari melibatkan penerapan sains, teknologi, inovasi dan sains sosial untuk mengekalkan keseluruhan ekosistem.
good agricultural practicesamalan pertanian baikPertanianAgroteknologiSistem pengurusan sumber dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar. Di Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan satu skim, iaitu Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) yang merupakan skim pensijilan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian yang baik dalam semua aktiviti di ladang. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pemilihan kawasan, penyediaan tanah, pengeluaran, penuaian dan pengendalian pascatuai.
12

Kembali ke atas