Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~ selepas berjalan sehari­harian; 2. lapar; ~-letai letih benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, mem­beri, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /létak/ tidak bertenaga atau tidak berdaya; lemah: Dia berasa ~ setelah bekerja sehari-harian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tempat atau duduknya sesuatu benda: Bentung ~nya di Pahang. meletak menghantar atau menaruh. ~ kerja memulakan sesuatu upacara secara besar-besaran (spt utk majlis perkahwinan, pertabalan raja). ~ tanda memberi tanda (biasanya cincin) kpd pihak pengantin perempuan. meletakkan 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. terletak berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. peletakan perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Ambil sebiji letak di tepi,
     Budak-budak bermain di paya;
Tuan tidak ambil peduli,
     Tidakkah belas melihat saya.


Lihat selanjutnya...(42)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
set6. carriage (of part of body) letak, sikap:the ~ of his shoulders betrayed his disappointment, letak bahunya menunjukkan kekecewaannya; 7. way in which a garment fits or hangs on the wearer, letak: the jaunty ~ of his hat, letak topinya yg bergaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand d. rack, frame etc on or in which things can be placed, tempat letak; (for coats) tempat sangkut: an umbrella ~, tempat letak payung; a cake ~, tempat letak kek; a music ~, tempat letak nota muzik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parking-ticket n (surat) saman letak kereta: I’ve had two ~s this week, minggu ini saya mendapat saman letak kereta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spent adj 1. (liter.) exhausted, letak: I was ~ after the race, saya letak selepas perlumbaan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parking2. space available for those who wish to park vehicles, ruang letak kereta: there’s plenty of ~ behind the hotel, terdapat banyak ruang letak kereta di belakang hotel itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
straightput st ~, a. place st in proper position, membetulkan letak sst: she stood on a chair and put the picture ~, dia berdiri di atas kerusi dan membetulkan letak gambar itu; b. make st tidy, mengemaskan sst: I’ve got to put my house ~ before the guests arrive, saya mesti mengemaskan rumah sebelum tetamu tiba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
layoutn susun atur; (publishing) reka letak: the whole ~ of the garden is attractive, susun atur keseluruhan taman itu menarik; the sub-editor sent the ~ of the leader to the printer, penolong editor menghantar reka letak halaman lidah pengarang kpd pencetak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
layoutn susun atur; (publishing) reka letak: the whole ~ of the garden is attractive, susun atur keseluruhan taman itu menarik; the sub-editor sent the ~ of the leader to the printer, penolong editor menghantar reka letak halaman lidah pengarang kpd pencetak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
footrestn tempat letak kaki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
armrestn tempat letak tangan, tangan-tangan, kelek-kelek(an).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas