Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (létak) 1. tidak bertenaga, lemah, letih: badan saya berasa ~ selepas berjalan sehari­harian; 2. lapar; ~-letai letih benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : duduknya (sesuatu benda dll), kedudukan, tempatnya: ia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yg ditatangnya; ~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dr bandar Taiping; meletak Mn menghantar, menaruh, mem­beri, menempatkan pd; ~ beras menjerang nasi; ~ kata menyusun kata-kata; ~ mata memandang kpd; ~ nasi menghidang nasi dll utk menjamu hantu; ~ tanda memberi tanda (spt cincin dll) kpd pihak pengantin perempuan; meletakkan 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; terletak 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; peletakan perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; peletak tempat meletakkan: keping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /létak/ tidak bertenaga atau tidak berdaya; lemah: Dia berasa ~ setelah bekerja sehari-harian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tempat atau duduknya sesuatu benda: Bentung ~nya di Pahang. meletak menghantar atau menaruh. ~ kerja memulakan sesuatu upacara secara besar-besaran (spt utk majlis perkahwinan, pertabalan raja). ~ tanda memberi tanda (biasanya cincin) kpd pihak pengantin perempuan. meletakkan 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. terletak berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. peletakan perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Ambil sebiji letak di tepi,
     Budak-budak bermain di paya;
Tuan tidak ambil peduli,
     Tidakkah belas melihat saya.


Lihat selanjutnya...(42)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parkingletak kereta; tempat letak keretaKejuruteraanTiada1. Letak kereta: Meninggalkan kenderaan untuk tempoh masa tertentu, terutamanya di tempat yang disediakan untuknya.,2. Tempat letak kereta: Kawasan yang dikhaskan untuk meninggalkan kenderaan bermotor.
comprehensive layoutreka letak lengkapKomunikasiKorporatCadangan reka letak iklan bercetak yang disediakan secara menyeluruh. Cadangan reka letak ini dibuat dalam bentuk sebenar dari segi saiz, warna, kedudukan motif, dan mesej. Penghasilan reka letak lengkap iklan adalah secara bercetak, sama ada menggunakan kemudahan komputer atau kaedah lain. Tujuan penyediaan cadangan reka letak lengkap adalah untuk memudahkan pihak perancangan strategi pengiklanan membuat keputusan, sama ada menerima atau menolak rekaan tersebut, memudahkan semakan dibuat oleh pelanggan agensi pengiklanan sebelum memberikan persetujuan akhir dan sebagai alat untuk menguji keberkesanan iklan sebelum penerbitan dan pengedaran seterusnya dilakukan.
parkingletak kereta; tempat letak keretaGeografiTiadaTiada
deployletak atur , pasang aturAeroangkasaTiada2. Letak atur: Meletakkan satelit ke orbit yang tertentu.,. 3. Pasang atur: Memasang komponen pesawat kepada konfigurasi yang dikehendaki.
parking requirementkeperluan letak kenderaanSosiologiTiadaBilangan tempat letak kenderaan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan ke atas pemaju berdasarkan piawaian perancangan.
fixtetap; ikat; tentu letakKejuruteraanTiada2. Tentu letak: Kedudukan yang tepat menurut ilmu geografi bagi kapal terbang, yang ditentukan oleh keadaan bumi atau melalui bearing-silang radio.
park and rideletak dan naikKejuruteraan AutomotifTiadaKemudahan letak kereta yang disediakan untuk penumpang meletakkan kenderaannya sebelum meneruskan perjalanan dengan kenderaan awam.
parallel parkingletak kereta selariKejuruteraan AutomotifTiadaSusun atur tempat letak kereta secara selari.
on-street parkingletak kereta atas jalanKejuruteraan AutomotifTiadaKemudahan letak kereta di kawasan jalan.
parking anglessudut petak letak keretaLandskapTiadaArah serongan ruang letak kereta yang menentukan kedudukan petak sama ada bersudut tepat, serong atau sejajar.
12345678910...

Kembali ke atas