Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata letaknya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah ayat-ayat di bawah? Saya akan letaknya di situ. (Put it there) Bungkusnya. (Wrap it up) Makannya cepat. Dalam ayat berikut, agak condong sedikit letaknya, apakah kategori perkataan 'letaknya' di sini? Adakah ia kata tempat? Kata kerja? Terima kasih.Salam sejahtera,

 Berdasarkan Kamus Dewan, letak merupakan kata nama.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Istilah20.09.2017
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING.Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti.Lain-lain19.05.2011
Salam tuan di talian, Tuan tidak menjawab soalan kedua yang saya kemukakan tempoh hari. 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasihAyat yang gramatis ialah Di manakah letaknya kampung Danial?Tatabahasa23.07.2012
sebuatan untuk perkataan pensel, d imana letaknya e taling dan e pepet. terima kasih

Dalam ejaan pensel - e (taling) + e (taling). Contoh penggunaan e (pepet) seperti dalam ejaan emak, emas dan lebih.

Tatabahasa15.04.2011
SAYA INGIN BERTANYA MANA SATU TANDA BACAAN YANG BETUL TEMPAT LETAKNYA. CONTOH: "Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu." Mak Mah memberi penjelasan. ADAKAH TANDA PENGIKAT KATA PADA AKHIR AYAT DILETAK SELEPAS TANDA NOKTAH ATAU SEBELUM NOKTAH? MANA YANG BETUL?Tanda petik diletakkan selepas tanda noktah. 

"Dia sedih pasal tak dapat pergi haji. Dari dulu lagi dia nak ke sana, tapi tak mampu."
Ejaan29.07.2013
apakah maksud konsep tropika?Tropika bermaksud kawasan(negeri) yang letaknya berhampiran dengan garisan khatulistiwa (antara garisan Jadi dengan garisan Sartan).Makna17.01.2010
Pautan untuk koleksi soalan-soalan khidmat nasihat DBP dah hilang. Mana letaknya pautan yang terbaru? Kalau ada, tak perlulah saya tanya banyak kali dan tunggu 2 hari kan?Medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini.Lain-lain16.08.2011
apakah erti baruh?Baruh bermaksud (kawasan) tanah yg lebih rendah letaknya (hilir, dekat pantai).Makna01.04.2010
Apakah maksud kata sendi nama?Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, bagi, ke, dari, daripada dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265 untuk keterangan lanjut.Makna05.06.2009
padang jarak padang tekukur? apakah maksud peribahasa ini? apakah itu padang jarak? di letaknya padang jarak? dan apa pula maksud padang tekukur?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat lanjut berkaitan bidalan ini. Kedua-dua frasa 'padang jarak' dan 'padang tekukur' atau keseluruhan frasa 'padang jarak padang tekukur' bermaksud kawasan yang luas yang ditinggalkan.Tatabahasa10.02.2011
123456789

Kembali ke atas