Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tu.pan] | لتوڤن

Definisi : 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tu.pan] | لتوڤن

Definisi : bunyi meletup; letusan; ledakan: ~ meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
letupanexplosionKeadaan yang berlaku akibat pembebasan tenaga dengan cepat kerana tindak balas kimia. Contohnya, letupan bom. Lihat RajahSekolah Rendah
Teori Letupan BesarBig Bang TheoryTeori yang mengandaikan bahawa semua jirim dan sinaran dalam alam berpunca daripada suatu letupan besar pada suatu ketika dahulu.Menengah Rendah
mekanisme letupanexplosive mechanismCara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat RajahSekolah Rendah
supernovasupernovaLetupan yang sangat terang disebabkan bintang super raksasa yang meletup.Menengah Rendah
lohong hitamblack holeObjek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya.Menengah Rendah
ammoniaammoniaGas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, bahan letupan dan baja kimia. Formula NH3.Menengah Rendah
asid sulfuriksulphuric acidAsid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4.Menengah Rendah
ammoniaammoniaGas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali yang mengandungi ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, penyediaan bahan letupan, dan untuk membuat baja kimia. Formulanya, NH3.Menengah Atas
nitrogennitrogenUnsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N.Menengah Rendah

Kembali ke atas