Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tu.pan] | لتوڤن

Definisi : 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tu.pan] | لتوڤن

Definisi : bunyi meletup; letusan; ledakan: ~ meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nuclear explosionletupan nukleus; letupan nuklearFizikTiadaTiada
nuclear explosionletupan nukleus; letupan nuklearPerubatanTiadaTiada
explosive mixturecampuran letupanKimiaTiadaCampuran sebatian endoterma yang dapat menghasilkan letupan. Misalnya, serbuk letupan yang terdiri daripada campuran kalium nitrat, sulfur dan arang batu.
explosion insuranceinsurans letupaninsuransTiadaPerlindungan terhadap kerugian harta oleh sebab letupan tetapi tidak termasuk letupan dandang wap, paip dan peralatan tertentu yang memerlukan kuasa tekanan. Polisi ini biasanya merupakan sebahagian daripada Endorsemen Perlindungan Diperluas.
explosion insuranceinsurans letupanPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan terhadap kerugian harta oleh sebab letupan tetapi tidak termasuk letupan dandang wap, paip dan peralatan tertentu yang memerlukan kuasa tekanan. Polisi ini biasanya merupakan sebahagian daripada Endorsemen Perlindungan Diperluas.
initiating explosivesbahan letupan permulaanKimiaTiadaBahan letupan yang sangat peka terhadap kejutan mekanik, nyalaan, dan haba. bahan letupan ini digunakan sebagai peletus untuk memulakan peletupan bahan letupan yang kurang peka. Misalnya, merkuri fulminat, plumbum azida, dan argentum asetilida.
rarefactionperenggangan/ rarefaksiKejuruteraanTiada1. Tekanan yang dihasilkan oleh letupan berkurangan ke nilai lebih rendah daripada tekanan yang wujud sebelum letupan, pada epipusat letupan.
explosivesbahan letupanKimiaTiadaBahan yang mudah meletup, atau mudah diletupkan, dengan menghasilkan baha yang banyak apabila terkena kejutan, geseran, atau cucuhan api. Misalnya, bahan letupan permulaan dan bahan letupan kuat.
backfiresedakanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat.
inherent explosionletupan bawaanPentadbiran PerniagaanTiadaLetupan yang berlaku disebabkan oleh keadaan yang sememangnya wujud dan semula jadi pada premis insured.
12345678910...

Kembali ke atas