Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tu.san] | لتوسن

Definisi : ledakan, letupan: di sana sini kedengaran bunyi ~, seolah-olah bunyi petasan pd malam Hari Raya layaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tu.san] | لتوسن

Definisi : hal atau bunyi meletus; letupan; ledakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letus
Kata Terbitan : meletus, letusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang sesuai untuk dipadanankan dengan perkataan "outbreak" dalam konteks wabak penyakit? Peletusan atau letusan? Ayat contoh: Peletusan/Letusan wabak penyakit yang disebabkan oleh coronavirus telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara.Maksud outbreak menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah bermaksud kerebakan peletusan atau wabak dari bidang pertanian, perubatan, veterinar dan perhutanan. Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan ialah Peletusan wabak penyakit yang disebabkan oleh koronavirus telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada ekonomi Negara.Makna20.03.2020
Salam, Saya hanya ingin bertaya apakah perbezaan di antara letusan dan letupan? Terima kasih. Kamus Pelajar mendefinisikan letusan sebagai hal atau bunyi meletus; letupan; ledakan. Manakala letupan bermaksud bunyi meletup; letusan; ledakan: Contoh; Letupan meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.Tatabahasa10.10.2016
Gugusan pulau di Indonesia sentiasa diancam letusan gunung berapi. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TKAyat tersebut tiada kesalahan.Tatabahasa05.09.2012
nak minta tlg. bolehkah saya mengetahui maksud "ledakan budaya"?Tidak ada makna frasa "ledakan budaya" dalam pangkalan data kami. Ledakan bermaksud letupan atau letusan dan juga boleh dikiaskan kepada sesuatu yang terbit atau timbul dariapa pertengkaran, peperangan dan sebagainya. Manakala budaya boleh dikaitkan dengan tamadun, peradaban dan kemajuan akal fikiran.Makna05.03.2013

Kembali ke atas