Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.vi] | ليۏي

Definisi : (lévi) (Eko) sejumlah wang yg perlu dibayar kpd pihak berkuasa, mis cukai pendapatan; ~ modal cukai khas terhadap harta kekayaan yg dimiliki oleh orang perseorangan, biasanya dikenakan sewaktu darurat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.vi] | ليۏي

Definisi : /lévi/ sejumlah wang yg perlu dibayarkan kpd pihak berkuasa, mis cukai pendapatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata levi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRAUSS, LEVI

Strauss, Levi (1829–1902) ialah pengeluar

pakaian Amerika. Dia menubuhkan Levi Strauss &

Co., iaitu kilang seluar jean denim yang pertama

dan terbesar di dunia. Seluar jean denim ini yang

dijual di bawah jenama Levi’s.

UMUM 
LÉVI-STRAUSS, CLAUDE

Lévi-Strauss, Claude (1908– ) ialah ahli

antropologi Perancis yang mengembangkan

strukturalisme dalam kajian tentang budaya

manusia. Strukturalisme merupakan kaedah

analisis yang meneliti struktur hubungan antara

benda, dan bukan hanya benda itu semata-mata.

UMUM 
ESHKOL, LEVI

Eshkol, Levi (1895–1969), membantu

mengasaskan negara Israel dan memegang

jawatan perdana menteri dari tahun 1963

sehingga kematiannya.

UMUM 
PULAU NORFOLK

Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di

selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600

kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000

kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand.

Wilayah ini terdiri daripada pulau utama – Pulau

Norfolk – dan dua buah pulau kecil yang tidak

didiami – Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia

mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh

gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini

bertanggungjawab kepada kerajaan Australia

melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan

Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk

menggubal undang-undang yang berkaitan

dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan

di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi

menampung kos kerja raya.

UMUM 

Kembali ke atas