Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wah] | ليواه

Definisi : (léwah) 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan; kelewahan hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wah] | ليواه

Definisi : /léwah/ 1 terlalu banyak sehingga berlebihan; melimpah-limpah. 2 lebih drpd yg sepatutnya; tidak diperlukan kerana yg ada sudah memadai; berlebih-lebih sehingga dpt dianggap membazir (ttg perkataan yg digunakan dsb). kelewahan keadaan atau hal lewah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewah
Kata Terbitan : melewah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya jika perkataan boleh guna perkataan 'yang' sebelum perkataan 'paling'? Contohnya: 1) Rumah yang paling cantik. 2) Rumah paling cantik. Apakah ayat yang betul, 1 atau 2?Kedua-dua ayat tersebut adalah betul cuma membezakannya ialah unsur lewah. Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.Tatabahasa15.12.2015
1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai  jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. Apakah maksud "lewah"? Terima kasihLewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.Makna24.03.2014
Kenapa ayat di bawah salah: 1-Sejak dari kecil dia sering demam 2-Budak itu bukan nakal sangat 3- Bangunan lama itu masih kukuh hingga ke hari ini

Kedua-dua contoh ayat yang diberi mengandungi unsur lewah. Lewah bermaksud berlebihan atau tidak diperlukan kerana yang ada sudah melengkapkan ayat. Untuk tujuan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan Lembaga Peperiksaan.

Tatabahasa27.05.2011
Assalamualaikum! Apakah maksud lewah?Lewah bermaksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu seperti perkataan yang digunakan dalam ayat.Makna31.05.2012
Selain itu, dia juga turut menerima pingat. Adakah "juga turut" dalam ayat ini dianggap lewah?Ayat ini lewah. Pilih salah satu sahaja, juga atau turut.Lain-lain18.08.2021
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'?Salam sejahtera,

perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.10.2020
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'?Salam sejahtera,

perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa01.10.2020
tolong jelaskan istilah lewah dalam bahasa melayuMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lewah ialah hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.08.2009
Selepas perkataan "bertujuan" memang tidak perlu letak perkataan "untuk" tapi jika kita masih menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dalam satu ayat, betul? Contohnya: Lawatan tersebut "bertujuan untuk" menimba ilmu pengetahuan para pelajar. Betul ? Hal ini demikian kerana dalam Kertas Soalan BM Peperiksaan Menengah Rendah menggunakan perkataan "bertujuan untuk" dalam soalannya tapi tidak dianggap salah.Bentuk "bertujuan untuk" dianggap lewah. Lewah bukanlah suatu kesalahan bahkan merupakan suatu pilihan.Tatabahasa03.11.2008
Adakah penggunaan ungkapan “lirik lagu” dianggap lewah? Terima kasih.

Bukan lewah.

Lain-lain10.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas