Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wat] | ليوات

Definisi : (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hen­daklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wat] | ليوات

Definisi : /léwat/ 1 sesudah waktunya; melampaui waktunya; lambat: Saya masuk bekerja ~ sepuluh minit pagi tadi. 2 lebih drpd yg sepatutnya; lanjut: Neneknya sudah agak ~ umurnya tetapi masih kuat. 3 berlalu; selesai; lampau: Musim mengubah sudah ~. melewati 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. melewatkan menyebabkan menjadi lewat; melambatkan: Orang yg ~ pembayaran gaji itu ialah kerani besar. terlewat ketinggalan waktu; terlambat. kelewatan keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm. Ayat di bawah ini betul ke? Mengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takutkan saya dan tikus itu. (untuk level buku tadika) TQMengapa kamu berdiri di sini lewat-lewat malam begini? Kamu takut kepada saya dan tikus itu?Tatabahasa18.10.2016
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa03.04.2012
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat?Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat?Tatabahasa17.02.2011
Lewat ini, istilah peluncuran ada digunakan oleh sebagai kata ganti kepada istilah perasmian. Adakah ianya merupakan istilah yang betul?

Peluncuran dan Pelancaran

Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian.

Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020.

Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.

Makna03.01.2024
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
Pengawas itu mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah. a) Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. b) Nama murid yang datang lewat ke sekolah dicatat oleh pengawas. Ayat aktif tukar ke ayat pasif, jawapan a atau b adalah betul ?Bentuk ayat pasif - a. Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. Tatabahasa19.06.2010
Berdasarkan ayat ini: 'Aku lihatnya seperti berumur lewat belasan, tetapi bertanggungjawab setara mereka yang digelar dewasa.' Apakah linkungan umur bagi frasa 'lewat belasan'?Tiada maklumat dan pengkategorian yang jelas tentang kumpulan usia lewat belasan tahun dalam sumber rujukan kami. Dari aspek bahasa lewat belasan boleh dianggarkan menghampiri dua puluhan seperti 18 atau 19, walau bagaimanapun ia bukanlah suatu angka yang rasmi.Tatabahasa10.10.2018
Halim datang lewat ke sekolah atau Halim datang ke sekolah lewat. Ayat yang manakah yang betul?Kedua-dua ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah Halim lewat datang ke sekolah.Tatabahasa19.10.2007
Assalamualaikum . Saya inginkan kepastian tentang ketepatan dua ayat ini. I/. Dia bekerja hingga lewat malam. Ii/ Dia bekerja lewat malam. Sekian, terima kasih

Berdasarkan dua ayat yang anda lontarkan, kedua-dua ayat tersebut tidak salah jika digunakan. Kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Ayat pertama "Dia bekerja hingga lewat maam" membawa makna yang lebih tepat kerana penggunaan kata "hingga" di situ menunjukkan perihal peringkat dan adanya had masa, manakala ayat kedua "Dia bekerja lewat malam" membawa makna keadaan dia melakukan pekerjaan lewat waktu. Oleh itu, ayat pertama adalah lebih tepat dan sesuai digunakan.

Tatabahasa24.05.2017
adakah dia lewat tidur atau dia tidur lewat?Kedua-duanya betul.Tatabahasa02.08.2010
123456

Kembali ke atas