Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wat] | ليوات

Definisi : (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hen­daklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wat] | ليوات

Definisi : /léwat/ 1 sesudah waktunya; melampaui waktunya; lambat: Saya masuk bekerja ~ sepuluh minit pagi tadi. 2 lebih drpd yg sepatutnya; lanjut: Neneknya sudah agak ~ umurnya tetapi masih kuat. 3 berlalu; selesai; lampau: Musim mengubah sudah ~. melewati 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. melewatkan menyebabkan menjadi lewat; melambatkan: Orang yg ~ pembayaran gaji itu ialah kerani besar. terlewat ketinggalan waktu; terlambat. kelewatan keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLEKHANOV, GEORGI VALENTINOVICH

Plekhanov, Georgi Valentinovich (1856–

1918) ialah pembela utama dan penterjemah

gagasan Marxis di Rusia pada lewat tahun 1800-an

dan awal tahun 1900-an. Dia ialah anak lelaki

bongsu dalam keluarga bangsawan. Dia lahir di

Gudalovka, berhampiran Tambov, Rusia. Sebagai

seorang pemuda, dia menyertai gerakan revolusi

yang mahukan pemerintahan sosialis di Rusia.

Pada tahun 1880, dia melarikan diri ke Switzerland

untuk mengelakkan daripada ditangkap kerana

kegiatan politiknya. Di sana, dia menjadi pengikut

Karl Marx, pengasas fahaman komunis, Jerman.

UMUM 
MUSIM SEJUK

Musim sejuk ialah musim yang paling sejuk.

Hemisfera Utara, di bahagian utara bumi,

mengalami musim sejuk pada bulan Disember,

Januari, Februari, dan awal bulan Mac. Di Hemisfera

Selatan, musim sejuk bermula pada lewat bulan Jun

hingga awal bulan September. Untuk mengetahui

tarikh hari pertama musim sejuk dan maklumat

tentang kedudukan bumi dan matahari semasa

musim sejuk, lihat Musim.

UMUM 
PIAF, EDITH

Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari

kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta

kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne

Regrette Rien’.

Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith

Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat

yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya

ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan

ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita

muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf

(yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan

oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat

tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem

arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent

dan beberapa filem lain, termasuklah French-

Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir.

UMUM 
PUKUL EMPAT

Pukul empat juga dikenali sebagai keajaiban

Peru , ialah tumbuhan saka yang menarik

(tumbuhan yang hidup lebih daripada satu tahun)

yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia

mudah tumbuh, dan sering ditanam sebagai

tumbuhan tahunan (tumbuhan yang hidup hanya

satu tahun). Pukul empat tumbuh daripada kira-kira

60 hingga 120 sentimeter tingginya. Bunganya yang

harum berwarna putih, samar, merah, kuning, atau

campuran beberapa warna ini. Apa yang kelihatan

sebagai bunga adalah sebenarnya involukre

(braktea yang diubahsuai) yang berwarna-warni

yang mengelilingi bunga sebenar yang halus. Pukul

empat mendapat namanya kerana bunganya

kembang pada lewat petang dan kuncup pada

waktu pagi.

UMUM 

Kembali ke atas