Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lia.bi.li.ti] | ليابيليتي

Definisi : jumlah hutang yg perlu dijelaskan dgn wang, barang, atau perkhidmatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lia.bi.li.ti] | ليابيليتي

Definisi : ist nilai tanggungan atau hutang sesebuah syarikat dll kpd orang (syarikat) lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liabiliti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, 1. Tanggungan vikarius 2. Liabiliti vikarius 3. Tanggungan beralih Terima kasih.Dalam data rujukan kami, perkataan yang digunakan ialah  liabiliti vikarus yang digunakan dalam bidang undang-undang. Sila rujuk Liabiliti+vikarius&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Liabiliti+vikarius&d=69812&#LIHATSINIPenyemakan dan penterjemahan25.02.2018
Mengapakah perkongsian tiada liabiliti yang terhad?Soalan saudari di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). KNB menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku Prinsip Perakaunan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudari.Lain-lain21.11.2021
Apakah maksud pemilikan tunggal dari segi perniagaan tersebut?Dalam bahasa Inggeris 'sole proprietorship" ialah keempunyaan tunggal yang bermaksud perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap liabiliti, dan berhak terhadap semua keuntungan perniagaan.Istilah20.11.2021
Apakah terjemahan bagi 'shell company' yang merujuk kepada sesebuah syarikat atau perbadanan tanpa operasi perniagaan yang aktif atau aset tertentu.Shell company biasanya ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi di bawah nama perniagaan palsu untuk mengelak liabiliti cukai. Contoh senario seperti, seseorang yang menubuhkan syarikat palsu yang boleh dilakukan dengan mendapatkan dokumen yang sahih untuk membuka sebuah akaun bank di bawah nama syarikat tersebut. Akan tetapi, beliau memasukkan wang haram ke dalam akaun tersebut bagi menampakkan yang ia diperolehi secara sah. Shell company juga boleh ditubuhkan untuk tujuan yang sah seperti membantu mereka yang baru memulakan perniagaan mendapatkan tawaran awam lebih murah dan muda dalam bursa saham. Satu lagi contoh tujuan penubuhannya ialah apabila sesebuah syarikat berhubungan secara kewangan dengan syarikat lain. Namun, jika Syarikat A tak mahu berurus niaga dengan Syarikat B kerana Syarikat B mempunyai reputasi kurang baik, Syarikat B boleh menubuhkan satu shell company sebagai penyamaran supaya transaksi boleh dlakukan. Jadi apakah istilah paling sesuai untuknya? Syarikat palsu? Syarikat penyamaran? syarikat cengkerang? syarikat petala? Dan saya bukannya merujuk kepada Syarikat Shell (syarikat minyak) itu. Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, belum ada istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan “Shell Company”. Kami mencadangkan tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam huruf condong (Shell Company). Sekian. Terima kasih.Istilah29.08.2017
Apakah maksud ayat ini?Bagaimanakah pertukaran makna ayat menjadi ayat lain tetapi makna ayat sama dengan ayat ini. "Jadi, secara tidak langsung kumpulan T20 akan cepat pulih sekiranya bankrap. Berbeza dengan B40 dan M40 yang tidak mempunyai aset," katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.Apa yang dapat kami fahami, ayat ini bermaksud, sekiranya diisytiharkan bankrup, kumpulan T20 lebih cepat pulih daripada kemelut ekonomi kerana kumpulan T20 mempunyai liabiliti yang perlu diurus berbanding dengan kumpulan B40 dan M40.Tatabahasa15.08.2021
Salam sejahtera, saya perlukan bantuan dalam membetulkan penggunaan "di" dan "ke" dalam ayat-ayat berikut. Diharapkan mendapat maklum balas tuan/puan. Sekian, terima kasih

Salam Sejahtera. Penggunaan ayat dan kata sendi  "di" dan "ke" dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1.   Maklumat kewangan ini telah disediakan menurut konvensyen kos sejarah kecuali seperti yang dinyatakan dalam polisi perakaunan yang penting, iaitu di Nota 2.2 tentang maklumat kewangan.

2.    Dana-dana mengklasifikasikan pelaburan di bawah aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian ("FVTPL") atau pinjaman dan belum terima ("LAR").

3.    LAR termasuk aset kewangan bukan derivatif dengan pembayaran tetap atau boleh ditentukan pada harga yang tidak dipaparkan dalam pasaran aktif.

4.    Dalam penyata aset dan liabiliti

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa01.06.2017

Kembali ke atas