Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liat] | ليات

Definisi : 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esok­nya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringat­kan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), medang, Litsea amra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : ark ®lihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : 1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,

Puisi
 

Pulut panggang isi liat,
     Minum kopi di pagi hari;
Hanguslah padang adik melihat,
     Hanguslah hati hancur sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah liat kayu akar,
     dilentur boleh dipatah tak dapat.

Bermaksud :

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tumang[tu.mAN]kata namadapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah.Tanoh liat elok buat tumang.[tA.nh li.jAt E.l/ bu.wAt tu.mAN]Tanah liat elok dibuat tumang
buyo[bu.j]kata namasejenis bekas kecil daripada tanah liat berbentuk takar untuk mengisi garam, asam dan lain-lain.Mok simpan asam dan garam dalam buyo.[m/ sim.pAn A.sAm dAn gA.ÄAm dA.lAm bu.j]Emak menyimpan asam dan garam di dalam bekas kecil.

Kembali ke atas