Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liat] | ليات

Definisi : 1. lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (spt getah dll), boleh dilentur-lentur dan tidak patah: besi yg ~; daging kerbau tua biasanya ~; 2. likat, pekat: tanah ~; 3. ki tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dll); 4. ki tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan: pd esok­nya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling; liat-liat liang-liut, liuk-lentok; meliat 1. menjadi liat (tanah dll); 2. ki mulai berdaging (isi durian); meliatkan menjadikan liat; keliatan perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringat­kan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), medang, Litsea amra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : ark ®lihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liat] | ليات

Definisi : 1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,

Puisi
 

Pulut panggang isi liat,
     Minum kopi di pagi hari;
Hanguslah padang adik melihat,
     Hanguslah hati hancur sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah liat kayu akar,
     dilentur boleh dipatah tak dapat.

Bermaksud :

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard waterair liatKimiaTiadaAir yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium, dan tidak mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Terdapat dua jenis air liat, iaitu air liat sementara dan air liat kekal. Lihat juga air liat kekal, air liat sementara.
boulder claytanah liat tongkolKejuruteraanKejuruteraan BangunanTanah liat berpasir atau tanah liat yang tidak berstrata, yang mengandungi batu subsegi dan terdiri daripada pelbagai saiz, biasanya berukuran lebih besar daripada 200 mm.
temporary hard waterair liat sementaraKimiaTiadaAir liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium hidrogen karbonat dan magnesium hidrogen karbonat terlarut. Air liat jenis ini dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Air liat terbentuk apabila air hujan bergabung dengan karbon dioksida di udara lalu membentuk asid karbonik lemah; asid karbonik lemah pula bertindak balas dengan batu-batuan karbonat (seperti batu kapur) lalu membentuk kalsium hidrogen karbonat yang larut di dalam air.
argic horizonhorizon argikPertanianAgroteknologiHorizon tanah bawah yang mempunyai lebih banyak kandungan tanah liat berbanding dengan lapisan atasnya. Keadaan ini berlaku akibat pemendapan tanah liat atau pemecahan tanah liat dan aktiviti biologi di horizon atas. Ciri-ciri morfologi dan fiziokimianya berbeza dengan tanah liat di atasnya. Lihat juga horizon tanah.
clay brickbata tanah liatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanah berlumpur yang dibakar atau dibiarkan mengeras di bawah cahaya matahari. Bata tanah liat digunakan untuk membuat rumah, kota, candi dan arca. Penggunaannya amat meluas pada zaman protosejarah sehingga zaman sejarah. Bata tanah liat yang digunakan untuk membuat candi akan dibentuk mengikut kehendak pembuat sama ada persegi empat, berteres atau miring pada satu sisi. Pada zaman Jawa Timur iaitu selepas abad 10M, candi dibina menggunakan bata tanah liat. Contohnya, batu tanah liat yang digunakan untuk membina candi Tapak 19, 21 dan 22 di Lembah Bujang (Kedah)..
permanet hard waterair liat kekalKimiaTiadaAir liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium sulfat dan/atau kalsium klorida, magnesium sulfat serta magnesium klorida terlarut. Air liat jenis ini tidak dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Bagaimanapun, air ini dapat dilembutkan dengan menambahkan natrium karbonat yang dapat memendakkan kalsium karbonat.
shalesyalKejuruteraanKejuruteraan BangunanBatuan yang terbentuk daripada proses pengukuhan tanah liat atau pengukuhan tanah liat atau pengukuhan kelodak.
claytanah liatKimiaTiadaTanah yang terdiri daripada zarah-zarah halus yang terbentuk melalui luluhawa batuan tertentu. Tanah liat kebanyakannya terdiri daripada aluminium silikat terhidrat dengan sedikit benda asing seperti ferum, kalsium dan magnesium oksida. Tanah liat menyerap air untuk membentk bahan yang boleh diuli dan digunakan untuk membuat barangan seramik.
slipgelincir; surat; slip; penyambar(P.JAS)KesenianTiada1. Slip: Tanah liat cair hasil campuran tanah liat dengan air yang digunakan untuk menghias pasu dan penuangan tanah liat.
claytanah liatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSejenis tanah yang lembut yang dapat dibentuk dengan mudah kerana mempunyai ciri plastis. Tanah ini mudah dilenturkan dalam bentuk tertentu apabila basah. Tanah liat terhasil daripada penghancuran atau penguraian batuan seperti granit. Tanah liat juga mengandungi mineral aluminium- silika (besi,kalsium karbonat, pasir kuartz dan air), mempunyai kadar liut yang tinggi dan bersaiz mineral yang halus dengan diameter kurang daripada 0.002 mm. Tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, batu-bata dan arca.
12345678910...

Kembali ke atas