Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.be.ra.li.sa.si] | ليبراليساسي

Definisi : proses membebaskan diri (ma­syarakat) drpd sekatan politik dan moral (agama dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liberalisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regional trade liberalizationliberalisasi perdagangan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses mengurangkan dan menghapuskan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan bukan tarif bagi sesuatu rantau. Proses liberalisasi perdagangan serantau ini dilaksanakan menerusi aturan perdagangan serantau.
liberalizationliberalisasiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
financial liberalizationliberalisasi kewanganEkonomiTiadaTiada
liberalization clausefasal liberalisasiPentadbiran PerniagaanTiadaFasal dalam kontrak insurans harta yang memperuntukkan perlindungan yang diperluaskan. Jika bentuk polisi atau endorsemen diperluaskan ini dikehendaki oleh undang-undang atau di atas perintah pihak berkuasa dan premium tambahan tidak dikenakan, maka semua polisi yang sama akan dianggap memberi pelindungan yang serupa.
agricultural trade liberalizationliberalisasi perdagangan pertanianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses mengurangkan sekatan dagangan dalam perdagangan pertanian yang melibatkan laluan pasaran, sokongan domestik dan subsidi eksport.
liberalisation of world tradeliberalisasi perdagangan duniaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDasar yang melibatkan pengurangan halangan perdagangan yang bersifat tarif dan bukan tarif bagi menggalakkan perdagangan dunia. Hal ini adalah hasil daripada penerimaan konsep perdagangan bebas oleh masyarakat dunia. Pada mulanya, dasar ini hanya melibatkan perdagangan barangan sahaja. Kemudiannya, dasar ini telah dikembangkan kepada perdagangan perkhidmatan dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perdagangan seperti harta intelek, pelaburan, alam sekitar dan hak asasi manusia.
AFTA CouncilMajlis AFTAUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMajlis yang dianggotai oleh menteri ekonomi atau perdagangan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Majlis tersebut bertanggungjawab melaksanakan dasar liberalisasi tarif dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Lihat juga Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
capital goodsbarang modalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBarangan yang dikeluarkan bukan untuk kegunaan terus oleh pengguna tetapi bagi tujuan pemprosesan dan pengeluaran produk lain. Contohnya, mesin, jentera dan peralatan industri yang menghasilkan pelbagai produk pengguna. Dalam sistem liberalisasi perdagangan, layanan yang berbeza antara barang modal dan barang kegunaan terus boleh mengurangkan sekatan perdagangan ke atas barang modal supaya negara membangun mendapat manfaat daripada harga barang modal yang murah di pasaran antarabangsa.
reduction of tariffpengurangan tarifUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenurunan kadar duti yang dikenakan terhadap barang import di setiap pintu masuk sesebuah negara. Kadar maksimum duti import yang lebih rendah biasanya dikenakan dengan syarat negara lain turut melakukan perkara yang sama. Penurunan kadar duti ini boleh dilakukan secara dua hala atau pelbagai hala. Langkah ini merupakan aspek utama liberalisasi ekonomi yang menjadi dasar dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
international commerceperdagangan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan yang melangkau sempadan negara. Perdagangan antarabangsa tertakluk kepada dua komponen undang-undang, iaitu komponen undang-undang awam dan komponen undangundang persendirian. Undang-undang awam merangkumi peraturan yang menyentuh tingkah laku negara yang mengawal, mengatur dan membatasi perdagangan antarabangsa. Ini termasuklah peraturan berkaitan liberalisasi perdagangan, pengurangan tarif dan sekatan perdagangan, subsidi dan sebagainya. Undang-undang persendirian pula mengawal perhubungan antara penjual dan pembeli barangan atau perkhidmatan serta pihak yang lain seperti penyedia kewangan, pengangkut barangan dan sebagainya.
12

Kembali ke atas