Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.cin] | ليچين

Definisi : 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah ter­gelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak meng­gerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apa­apa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan per­kataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permuka­an) licin (dgn mengetamnya dsb): dia meng­gosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak­-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg diguna­kan utk melicinkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.cin] | ليچين

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.cin] | ليچين

Definisi : 1 sama rata atau tidak menggerutu permukaannya: Mukanya ~ spt telur dikupas. 2 dpt menggelincirkan (kerana berlendir atau berminyak): Dia terjatuh di bilik air kerana lantainya ~. 3 tidak ditumbuhi apa-apa (spt kepala yg botak). 4 habis sama sekali; tidak bersisa sedikit pun: Wangnya ~ dicuri orang. 5 pandai melepaskan diri (drpd sesuatu kesalahan); pandai memutarbelitkan perkataan orang; pandai menipu. 6 lancar (bkn perjalanan dll); tidak tergendala: Perusahaan membuat kain itu berjalan dgn ~. ~ licau sangat licin; licin sekali. melicinkan 1 menjadikan licin (dgn membubuh minyak, mengetam dll). 2 menjadikan (menyebabkan rancangan dsb) berjalan lancar; melancarkan: Berbagai-bagai langkah akan diambil utk ~ perjalanan syarikat itu. kelicinan 1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran. pelicinan perbuatan atau hal melicinkan. pelicin benda (minyak dll) yg digunakan utk melicinkan perjalanan jentera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
licin
1. Dalam konteks permukaan
bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap,
(adjektif:)
Berantonim dengan kesat

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras,
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan botak
( gondol, loncos, lokos, )
(adjektif:)

4. Rujuk licau 2

5. Bersinonim dengan licik
( pintar, cekap, )
(adjektif:)

6. Bersinonim dengan lancar
( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, )
(adverba:)

Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin,

Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Licin bagai belut.

Bermaksud :

Tidak mudah ditipu atau ditangkap.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aktiviti itu berjalan dengan licin. Habis licin duit saya dikikis olehnya. Adakah penggunaan licin betul dalam ayat tersebut. Tq..Kedua-dua ayat tersebut betul kerana perkataan licin membawa pelbagai maksud selain tidak kesat. Untuk maklumat lanjut, layari licin">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=licin.Sastera15.01.2014
Penggunaan perkataan 'Licin' dalam ayat berikut betul atau salah? 1)Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang yang licin. 2)Rambutnya disisir licin supaya tampak segak. 3)Kulit gadis itu sungguh licin 4)Majlis itu berjalan dengan licin. terima kasih.

Perkataan “licin” tidak tepat digunakan dalam beberapa  ayat  yang diberikan. Penggunaan yang lebih tepat dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut: 

1)Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang

2)Rambutnya disisir rapi supaya tampak segak.

3)Kulit gadis itu sungguh licin.

4)Majlis itu berjalan dengan lancar.


Tatabahasa14.12.2022
Izat ..............apabila melalui jalan yang licin itu. jawapan..................... terjelepok/ tergelincir/tersungkur?

Perkataan yang paling sesuai ialah tergelincir.  'Izat tergelincir apabila melalui jalan yang licin itu.' Menurut Kamus Dewan,  tergelincir bermaksud terdorong kerana licin dll; tergeluncur. Terjelepok  bermaksud jatuh terduduk. Tersungkur bermaksud jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam.

Tatabahasa28.05.2011
(9) Pemegang lesen tidak boleh menggunakan atau membenar digunakan, dalam penyediaan apa-apa makanan, mana-mana meja, almari, bangku atau sebarang perabot seumpamanya yang permukaannya bersentuh dengan apa-apa makanan, kecuali permukaan itu diperbuat daripada kayu keras bersambung rapat dan licin atau sesuatu bahan licin yang tidak telap air. (perkataan "membenar" adakah betul atau salah? adakah ia perlu ditambah imbuhan -kan di akhir perkataan tersebut untuk ayat di atas) sekian. terima kasih

Nurul

Sila berikan konteks penggunaan ayat ini. Ayat ini terlalu panjang dan pengguna akan mendapati sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan.

Tatabahasa03.08.2010
Salam Sejahtera, adakah ayat berikut betul? Permukaan kayu belian licin tetapi kayu ini mudah diukir? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir"

Tatabahasa07.03.2022
Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.
Tidak menjadi kesalahan dalam tatabahasa Melayu untuk memulakan ayat dengan peribahasa, yang penting pastikan peribahasa yang digunakan membawa maksud yang ingin disampaikan.
Tatabahasa22.01.2014
Selamat sejahtera, minta penjelasan bagi soalan berikut: 1)"Tolong maafkan saya" atau "Minta maafkan saya"? 2)"Dalam sekelip mata, makanan yang kami makan itu licin-licau." ayat ini betul?Bagi soalan 1, kedua-dua ayat "Tolong maafkan saya" dan "Minta maafkan saya" betul dan boleh digunakan. Kedua-dua ayat tersebut menggunakan kata permintaan tolong dan minta dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Bagi soalan 2, ayat "Dalam sekelip mata, makanan yang kami makan itu licin licau" betul dan boleh digunakan. Ayat ini ialah songsang yang mengalami pendepanan frasa sendi nama yang merupakan keterangan dalam predikat ke bahagian hadapan, iaitu mendahului subjek. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 451 dan 482.
Lain-lain13.09.2023
Aduh, sakitnya badanku kerana terjatuh semasa menunggang basikal di jalan raya yang licin itu! Maaf, saya ingign bertanya adakah ayat yang betul?Ayat tersebut  boleh digunakan. Tatabahasa15.05.2020
Salam sejahtera tuan, merujuk kepada soalan yang diajukan pada 7-3-2022, jawaban yang diberikan oleh pihak tuan adalah seperti berikut. Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" Pertanyaan saya ialah adakah ia boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu belian? Bukankah ia merujuk kepada orang yang sama fungsi seperti dia?

Dalam ayat "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" perkataan “ia” boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu, “ia” dalam konteks ayat ini menggantikan benda/subjek yang dibicarakan.  

Lain-lain18.03.2022
Para pemandu perlu memandu dengan berhati-hati ketika hujan kerana jalan raya menjadi licin. Saya ingin tanya,dalam ayat di atas, adakah kata 'berhati-hati' berfungsi sebagai kata adjektif ? Terima kasih.Perkataan "berhati-hati" ialah kata adjektif.Tatabahasa24.05.2016
123

Kembali ke atas