Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.dah] | ليده

Definisi : 1. bahagian di dlm mulut yg boleh digerak-gerakkan (digunakan sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll): budak itu men­jelir-jelirkan ~nya; 2. ki perkataan, tutur kata: lembut dan fasih ~nya; 3. ki sesuatu yg menyerupai lidah: ~ kain; ~ serunai (seruling); 4. ki bahagian yg menganjur dr sesuatu benda; ~ tanah tanjung pd selekoh sungai; ~ air bahagian tepi air; ~ api hujung nyala api (yg menjilat-jilat); ~ bercabang (biawak) tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya; ~ dacing jarum penunjuk berat pd dacing; ~ keras tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dgn betul, telor; ~ lembut boleh menyebut perkataan dgn betul; ~ manis baik tutur katanya; ~ ombak hujung ombak, ombak yg di depan sekali; ~ panjang orang yg suka bercakap-cakap, suka menghasut­-hasut; ~ papan bahagian yg menghubungkan papan; ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana; ~ pengarang rencana pengarang; ~ rasmi jurubicara (akhbar dll) yg mengeluar­kan berita dll rasmi sesuatu parti dll; ~ serunai bahagian serunai yg mengeluarkan bunyi; ~ bercabang bagai biawak prb selalu berubah­ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya; ~ tidak bertulang prb a) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya; b) orang yg mengeluarkan celaan dgn tidak tersangkut­sangkut; apa payahnya menggoyangkan ~ sahaja prb banyak janji tetapi tidak ditepati; berkata peliharakan ~ prb hendaklah beringat­-ingat mengeluarkan kata-kata; berniaga di hujung ~ prb orang pandai yg tidak jujur (suka menipu dll); jadi hujung jari sambungan ~ = jadi penghubung hujung ~ prb orang yg menyampaikan pesan orang lain dlm sesuatu mesyuarat atau peralatan; kebenaran di hujung ~ prb tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yg berkuasa sahaja); membuat tergigit ~ prb memberi nasihat yg sia-sia kpd orang yg berkelakuan jahat; menyepitkan ~ ke lantai prb menahan nafsu dan kehendak; patah ~ alamat kalah, patah keris alamat mati prb jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah; tercabut ~ mati prb tidak berguna mempercakapkan orang yg jahat, sebab ia tetap jahat juga; lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah; berlidah mempunyai lidah: orang yg ~ biawak tidak harus dikasihani; ~ dua orang yg selalu berubah-ubah perkataan atau pen­diriannya; ~ di lidah orang prb hanya menurut apa yg dikatakan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah] | ليده

Definisi : sj ikan laut, Cynoglossus spp.; ~ baji, Euryglossa orientalis; ~ belang, Zebrias spp.; ~ lumpur, a) Synaptura commersoniana; b) Paraplagusia bilineata; ~ pasir, Cyanoglossus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah] | ليده

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok memanjat), Pothos latifolius; ~ buaya sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerakap rimau, senduduk hutan (gajah), Allomorphia malaccensis; ~ jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis philippensis; ~ katak sj tumbuhan (pokok), sial menahun, Pternandra coerulescens; ~ kerbau (lembu) sj tumbuhan (pokok), Pyrenaria acuminata; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Turnera ulmi­folia; ~ tiung sj tumbuhan (herba), Hedyotis verticillata; daun ~ gajah sj tumbuhan (herba), Aglaonema oblongifolium; rumput ~ jin sj tumbuhan (herba), Peristrophe spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah] | ليده

Definisi : 1 organ yg lembut di dlm mulut yg digunakan utk merasa (menjilat atau berkata-kata). 2 cara bertutur atau cara melafazkan kata-kata; tutur kata: fasih ~nya. 3 bahagian benda yg menyerupai lidah 1: ~ kasut. ~ air hujung aliran air (banjir dsb) yg mula-mula datang. ~ bercabang (biawak) tidak dpt dipercayai percakapannya; tidak tetap percakapannya (tidak menepati janji). ~ keras sukar menuturkan atau menyebut perkataan dgn betul. ~ lembut dpt atau mudah menyebut perkataan dgn betul. ~ manis baik tutur katanya. ~ ombak bahagian hujung ombak (yg di depan sekali). ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana (di dlmnya terdapat pengertian yg tinggi dan berguna utk panduan hidup). ~ pengarang rencana pengarang. lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah. berlidah mempunyai lidah. ~ dua ki tidak tetap pendiriannya atau perkataannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.dah] | ليده

Definisi : ; ~ buaya nama sj herba yg daunnya dpt dibuat ubat, Aloe vera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lidah (kata nama)

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tongue5. st resembling a tongue in shape, lidah: a ~ of land extended into the lake, lidah tanah yg menganjur ke tasik; bright ~s of flame licked at the log, lidah api yg menyala-nyala menjilat batang kayu itu; the ~ of the shoe, lidah kasut; the ~ of a bell, lidah loceng;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lingualadj (of sound) lidah: a ~ sound, bunyi lidah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crack-jawadj (colloq) bergulung lidah menyebutnya: a ~ name, nama yg bergulung lidah menyebutnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut~ and thrust, (fig.) pertikaman lidah: the ~ and thrust of a heated debate, pertikaman lidah dlm satu perdebatan hangat; be a ~ above (person or thing) lebih baik drpd yg lain: she is definitely a ~ above the rest of the class, dia memang lebih baik drpd yg lain dlm kelas itu; give so. the ~ direct, buat-buat tdk kenal pd sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spark~s fly, bertikam lidah, bertekak, berbantahan: whenever they meet, the ~s fly, bila-bila saja mereka bertemu, mereka akan bertikam lidah; strike ~s off each other, bersefahaman: those two seemed to strike ~s off each other and came up with some brilliant ideas, mereka berdua itu nampaknya bersefahaman betul dan dapat mengemukakan beberapa idea yg cemerlang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tongue2. (used as food) lidah: I don’t particularly like ~, saya terutama sekali tdk gemar makan lidah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
battle~ of wits, pertikaman lidah: the discussion turned into a ~ of wits between two of the participants, perbincangan itu bertukar menjadi pertikaman lidah antara dua drpd peserta yg mengambil bahagian; die in ~, /mati, gugur/ /dlm pertempuran, di medan perang/; /do, join/ ~, bertempur; fight a losing ~, melibatkan diri dlm perjuangan yg sia-sia; be half the ~, [various translations]: having brains is only half the ~, kecerdikan merupakan hanya separuh drpd syarat utk memperoleh kejayaan; it is not easy to see the managing director; but if you know his secretary, that is already half the ~, tidaklah mudah berjumpa dgn pengarah urusan; tetapi jika kenal setiausahanya, itu sudah memadai utk membuka jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
choke~ with, terbelahak-belahak; (emotion) kelu lidah: he was choking with laughter, dia ketawa terbahak-bahak; to ~ with anger, kelu lidah krn marah; ~ st with, (usu pass.) penuh sesak dgn: all the main roads are ~d with traffic at this time of the day, pd waktu-waktu begini, semua jalan raya utama penuh sesak dgn lalu lintas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stick 2 ~ st out, cause st to project or thrust forward, (tongue) menjelirkan lidah; (hand) menghulurkan tangan: it is rude to ~ your tongue out at people, memang kurang ajar menjelirkan lidah pd orang lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fencevi 1. practise fencing, bermain pedang; 2. evade giving direct answer, bertikam lidah, berdebat: they seem to enjoy fencing with each other, nampaknya mereka suka bertikam lidah antara satu sama lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas