Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantan, kenanga hutan, melidah, pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebe­naceum; ~ mara sj tumbuhan (pokok kecil), cenarahan, geronggong semut, kasi, mese­kam, pendarah, tampoi paya, Ouratea spp.; ~ ular sj tumbuhan (pokok renek), bunga telur belangkas, Sida spp.; akar ~ jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis capitellata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj ikan laut, Cynoglossus spp.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidah-lidah

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lidah tidak bertulang.Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah terganjal.Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah bercabang.Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyepitkan lidah ke lantai.Menahan nafsu atau kehendak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memetik lidah tak bertulang.Bercakap lebih mudah daripada membuatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati.Apabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tergigit lidah.Tidak tahu malu; tidak mengendahkan celaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tercabut lidah mati.Tiada berguna mempercakapkan orang yang jahat, sebab ia tetap juga dengan kejahatannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456

Kembali ke atas