Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantan, kenanga hutan, melidah, pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebe­naceum; ~ mara sj tumbuhan (pokok kecil), cenarahan, geronggong semut, kasi, mese­kam, pendarah, tampoi paya, Ouratea spp.; ~ ular sj tumbuhan (pokok renek), bunga telur belangkas, Sida spp.; akar ~ jin sj tumbuhan (herba), seketan, Hedyotis capitellata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sj ikan laut, Cynoglossus spp.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.dah.li.dah] | ليده

Definisi : sesuatu yg menyerupai lidah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidah-lidah

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(51)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kalung (Mur.)kalung (Mur.)KesenianTiadaBakul sikut daripada rotan, beranyam jarang dan satu sisinya berbentuk lidah. Lidah berfungsi sebagai penutup ketika digunakan. Kalung digunakan untuk membawa barang keras dan tajam.
arauarauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Austrobuxus spp., Cephalomppa spp., dan Drypetes spp. daripad famili Euphorbiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah lidah-lidah, di Sabah termasuk kayu mapa, mentulang, dan odopon putih. Antara spesies utama kayu arau ialah Austrobuxus, nitidus, cephalomappa malloticarpa, dan drypetes macrophylla. Gubal kayu arau agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna putih jerami semasa segar dan menjadi kuning muda apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan berira lurus. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 705 hingga 855 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu arau mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami kecacatan yang teruk. Kayu ini sesuai dijadikan tiang, gelegar, alang, lantai, dan juga digunakan untuk membuat perabot.
lidahlidahKesenianTiadaBahagian seperti lidah sama ada di tepi atau di atas bakul separuh sikut sebagai penutup setelah dimasukkan barang.
bald tonguelidah licinPerubatanTiadaAtrofi papila lidah menjadikan lidah licin, mungkin berkaitan dengan anemia, kekurangan Vitamin B kompleks atau penyakit sistemik. Sinonim : glositis atrofi.
lidah-lurahlidah-lurahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat tanggam lidah-lurah
tanggam lidah-lurahtanggam lidah-lurahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanggam yang terhasil apabila lidah pada tepi kepingan papan dicantumkan kepada bahagian lurah pada tepi papan yang lain. Tanggam ini biasanya digunakan dalam pemasangan lantai dan dinding kayu.
leaderpangkal filem; pemimpin; pucuk anjur; lidah pengarang;lidahKomunikasi MassaTiadaTiada
tongue tiedlidah terekatSains KesihatanTiadaKecacatan fizikal pada lidah, iaitu akar lidah tidak bebas.
tongue bladebilah lidahPerubatanTiadaKayu leper untuk menekan lidah. Sinonim: spatula lidah.
tongue spatulaspatula lidahPerubatanTiadaKayu leper untuk menekan lidah. Sinonim: bilah lidah.
12345678910...

Kembali ke atas