Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lif] | ليف

Definisi : alat utk membawa orang atau barang dr satu tingkat ke satu tingkat lain, terutamanya di bangunan yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lif] | ليف

Definisi : alat yg digunakan utk membawa orang dll turun naik di bangunan-bangunan yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat ini tepat? Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada 22 Oktober 2016.Tarikh pembaikan lif dijangka siap pada 22 Oktober 2016.Tatabahasa22.10.2016
"Menuju ke Lift Bomba", adakah ayat notis ini betul?Ayat "Menuju ke Lif Bomba" adalah betul. Walau bagaimanapun, betulkan ejaan "Lif".Lain-lain11.05.2023
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh?Waalaikumussalam...
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah mela­lui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif.  
Tatabahasa01.04.2019
Salam sejahtera, Adakah "piring sisir lif" sesuai digunakan sebagai terjemahan "escalator combplate"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Istilah "escalator comb plate" tiada dalam rujukan kami. Namun begitu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah plat sisir eskalator.Istilah22.06.2018
perbezaan perkataan "ialah" dan "adalah"Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa06.03.2014
Apakeh perbezaan ialah dan adalah?Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa21.10.2009
adalah dan ialah ada apa beza ?Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa21.10.2009
beza antara ialah dan adalah dalam penggunaan ayat1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250).Tatabahasa10.08.2009
apakak perbezaan baru dengan baharu? ialah dan adalah1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250) 2. Kata cenderahati boleh diguna pakai. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 264)Tatabahasa15.04.2009
bagaimana penggunaan perkataan pemeri iaitu 'ialah' dengan 'adalah'.1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa28.08.2008
12

Kembali ke atas