Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lif] | ليف

Definisi : alat utk membawa orang atau barang dr satu tingkat ke satu tingkat lain, terutamanya di bangunan yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lif] | ليف

Definisi : alat yg digunakan utk membawa orang dll turun naik di bangunan-bangunan yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIF

Lif ialah alat pengangkutan yang membawa

orang dan barang ke tingkat-tingkat bangunan.

Perkataan lif, biasanya bermaksud gerabak yang

membawa orang atau barang. Tetapi perkataan

ini juga merujuk kepada keseluruhan sistem yang

mengawal pergerakan gerabak itu. Gerabak itu

bergerak ke atas dan ke bawah dalam syaf yang

mempunyai rel pandu keluli untuk menghalang

pergerakan ke sisi. Di Amerika Syarikat lif dikenali

sebagai “elevator”.

UMUM 
OTIS, ELISHA GRAVES

Otis, Elisha Graves (1811–1861) ialah pereka

Amerika yang membina lif pertama yang

mempunyai alat keselamatan automatik. Alat ini

mencegah lif daripada jatuh jika tali yang

memegang lif putus. Otis membuat demonstrasi

lifnya pada tahun 1854 di New York City dengan

memotong tali yang memegang lif selepas dia

menaiki lif. Tetapi rekaannya tidak digunakan

dengan meluas sehingga kemunculan bangunan

pencakar langit pada tahun 1870-an.

UMUM 
KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik

untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan

dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga

dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen,

peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat

rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di

kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi

alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan

kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan

kereta api dan sistem pengangkutan

bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan

kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu

dan mengeringkan rumput kering.

UMUM 

Kembali ke atas