Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.ga.men] | ليݢامن

Definisi : (Bio) seberkas tisu penghubung ber­serat yg menghubungkan bahagian-bahagian badan (menghubungkan tulang dgn tulang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ga.men] | ليݢامن

Definisi : /ligamén/ ist berkas gentian yg menghubungkan bahagian-bahagian badan atau yg menghubungkan tulang dgn tulang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ligamen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIGAMEN

Ligamen ialah tisu berserat yang memegang

organ badan dan mengikat tulang. Ligamen

terkumpul bersama dalam bentuk korda, jalur, atau

lembaran. Ia adalah sekuat tali. Kehelan berlaku

apabila ligamen yang meliputi sendi terkoyak

atau terpiuh.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
REUMATOLOGI

Reumatologi ialah kajian tentang penyakit yang

menjejaskan sendi badan dan tisu yang berkaitan,

termasuk tulang, otot, tendon, rawan, dan ligamen.

UMUM 
TAPAK KAKI RATA

Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung

panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari

jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang

lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk

menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang

percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh

menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan

ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak

kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana

tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun,

keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa

kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan

dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung

lengkung tapak kaki.

UMUM 
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 
ORTOPEDIK

Ortopedik ialah cabang perubatan yang berkaitan

dengan gangguan tulang dan otot dan tisu-tisu yang

berkaitan dengannya. Doktor yang mengamalkan

ortopedik dinamakan pakar bedah ortopedik.

Mereka merawat pelbagai masalah perubatan,

termasuk tulang patah, kecederaan pada tendon

dan ligamen, dan kecacatan kaki dan tangan serta

tulang belakang.

UMUM 
TENDON

Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah

korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan

otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan

menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak

serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat,

yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung

tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung

satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini

boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam

selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak

dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di

tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali

sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh

dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya

mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh

manusia (gambar: Ligamen dan tendon).

UMUM 
PERUBATAN OSTEOPATIK

Perubatan osteopatik ialah suatu sistem

perubatan yang berasaskan kepercayaan bahawa

semua sistem tubuh adalah saling berkait.

Penyakit di salah satu bahagian tubuh akan

menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Oleh itu,

seluruh tubuh seseorang itu mesti diperiksa

apabila memberi rawatan. Perubatan osteopatik

menekankan kepentingan sistem otot skeletal

tubuh. Sistem ini terdiri daripada otot dan tulang

serta tendon dan ligamen yang menyambungkannya.

UMUM 

Kembali ke atas