linear viscous element | unsur likat linear | Kejuruteraan | Polimer | Sistem daspot yang menggambarkan model linear likat anjal bagi kelakuan bendalir Newtonan atau bendalir likat linear. |
viscous damping | peredaman likat | Mekanik | Gunaan | Peredaman yang disebabkan oleh bahan seperti air, minyak dan udara. Di bawah peredaman likat, daya pelambat berkadar langsung dengan halaju jasad yang bergetar asalkan jasad bergerak melalui bahan tersebut dengan perlahan. Daya pelambat yang berkenaan dinamai daya peredaman likat. |
gunk squeeze | likat himpit | Kejuruteraan | Tiada | Palam likat yang dipam ke dalam zon hilang edaran. |
viscoelastic fluid | bendalir likat anjal | Kimia | Tiada | Bendalir yang menunjukka sifat dominan aliran likat dan juga akan menunjukkan sifat pemulihan anjal apabila tegasan yang dikenakan dialih. |
viscoelastic fluid | bendalir likat anjal | Kejuruteraan | Polimer | Bendalir yang menunjukka sifat dominan aliran likat dan juga akan menunjukkan sifat pemulihan anjal apabila tegasan yang dikenakan dialih. |
viscous stress | tegasan likat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Daya geseran yang bertindak per unit keluasan permukaan bendalir. Daya geseran atau daya likat ialah komponen persamaan gerakan yang didarab dengan kelikatan m. Tegasan inersia berhubung kait dengan pemindahan momentum disebabkan oleh pemindahan molekul di antara lapisan bendalir. |
viscous drive fan clutch | cekam kipas pemacu likat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti dalam kipas enjin yang menggunakan bendalir likat di antara komponen pendesak dengan komponen perumahnya untuk memacu kipas. Peranti ini dihubungkan dengan pam air melalui cekam yang dikawal secara termostatik. Keadaan ini membolehkan kipas beroperasi mengikut suhu enjin. Cekam tersebut berfungsi pada suhu tinggi menyebabkan kipas ber-putar dengan laju dan menyejukkan radiator dengan lebih berkesan. Cekam dilepaskan daripada putaran pam pada suhu rendah dan menyebabkan kipas bergerak bebas serta tidak lagi berfungsi sebagai penyejuk radiator. |
buffer layer | lapisan penimbal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Lapisan bendalir peralihan di antara sublapisan likat dengan teras gelora. Dalam lapisan ini, tegasan likat dan tegasan pusar dominan. |
viscosity | kelikatan | Farmasi | Farmaseutik | Rintangan bendalir pada gerakan relatif zarah-zarahnya. Bendalir yang lebih likat akan mengalir lebih perlahan daripada bendalir yang kurang likat. Kepekatan dan suhu boleh mempengaruhi kelikatan sesuatu bendalir. |
viscous dissipation function | fungsi lesapan likat | Fizik | Mekanik | Fungsi kuadratik bagi terbitan ruang ke atas komponen halaju bendalir yang menunjukkan kadar perubahan tenaga mekanik kepada tenaga haba bagi per unit isi padu di dalam bendalir likat. |