Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.ma] | ليم

Definisi : (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b) lima orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg mempunyai lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja; berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll) semuanya: mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya; kelima yg nombor lima; kelima-lima lima-lima sekali, lima semua­nya; perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ma] | ليم

Definisi : akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ma] | ليم

Definisi : bilangan empat ditambah satu; 5: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500. dua kali ~ sama saja. berlima lima bersama-sama. kelima yg nombor lima: Rukun Islam yg ~ ialah mengerjakan haji di Mekah. kelima-lima lima-lima sekali; lima semuanya. perlima dibahagi lima (bahagian): dua ~ dua bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lima

Puisi
 

Anak haruan lima-lima,
     Pilih saja yang mana besar;
Saya bukan ayam betina,
     Remak botak pantang berkisar.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tekat limatekat limaKesenianTiadaTenunan untuk membuat corak pada kain tenun yang diberikan berdasarkan kiraan urat benang lungsin yang disalut sebagai tekat tiga atau lima urat benang lungsin yang disekat sebagai tekat lima. Tenun corak tekat tiga lebih halus jika dibandingkan dengan ekat lima.
rintik lima setompokrintik lima setompokKesenianTiadaCorak batik berunsur geometri bermotif lima titik dan bertompok-tompok.
daun sekati limadaun sekati limaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun sekati lima.
bunga pecah limabunga pecah limaKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk tampuk manggis yang berkelopak lima.
patet lima (Indon)patet limaKesenianTiadaLaras mod Jawa.
tambahan mata limatambahan mata lima (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
bunga bebaling limabunga bebaling limaKesenianTiadaMotif batik berunsur benda berbentuk bebaling, lazimnya menjadi bunga tabur, terdapat pada badan batik sarung dan juga sebagai pengapit kepala kain.
pentastichpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila.
butir beras lima setompokbutir beras lima setompokKesenianTiadaCorak batik berunsur benda bermotif lima butir beras dan bertompok-tompok.
gigi tepigigi tepiKesenianTiadaGigi jentera kasar lima di kanan dan lima di kiri jentera, yang menjadi laluan 8 urat benang lungsin bagi setiap antara gigi tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas