Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.pa.ga] | ليمڤا

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Meliaceae, surian, tangsian burung, ranggau (Sabah), Cedrela spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limpaga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
limpagalimpagaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Cedrela spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah surian dan tangsian burung, dan di Sabah ialah ranggau. Spesies utama kayu ini ialah Cedrela serrata dan C. sureni. Gubal kayu limpaga berwarna putih kelabu atau merah jambu, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna putih kelabu, merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya kasar dan sekata, kerana mempunyai struktur liang bergelang, dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 270 hingga 530 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu limpaga mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Struktur kayu ini amat menarik, dan sesuai digunakan dalam pembuatan perabot mewah, hiasan dalaman, papan lapis mewah, papan lapis hiasan, dan ukiran kayu.
sentangsentangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Adinandra excelsa daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah limpaga. Spesies utamanya termasuk Adinandra villosa, Gordonia concentricicarix, dan Schima wallichii. Gubal kayu sentang berwarna kuning jerami atau merah pucat, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai struktur liang bergelang. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikemas siap, cepat mengering tetapi kurang tahan. Kayu sentang boleh digunakan untuk tanggam bermutu tinggi, perabot dan venir hirisan.

Kembali ke atas