Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.cah] | لينچه

Definisi : 1. tidak boleh diam (perangai dll), ber­gerak selalu: ~ sungguh urinya gasing itu; 2. tidak tetap (fikiran, pekerjaan, tempat tinggal, dll), bertukar-tukar selalu (isteri dll): gadis itu pun mulalah ~ dan tidak begitu endahkan tunangannya lagi; 3. cergas, giat, pantas, tangkas, rancak: mereka menjalani hidup dgn keyakinan sendiri, lebih berani dan lebih ~ drpd angkatan tua; begitu keanak-anakan isi suratnya, tetapi begitu ~; melincah-lincah, terlincah-lincah sentiasa berubah-ubah (tempat tinggal, pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar, tidak tetap; kelincahan perihal lincah (selalu bergerak­gerak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.cah] | لينچه

Definisi : 1 tidak diam (ttg tingkah laku dll); sentiasa bergerak. 2 cergas dan pantas; tangkas: Pemain bola jaring itu beraksi dgn ~. kelincahan sifat atau keadaan lincah (selalu bergerak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lincah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak boleh diam: bergerak selalu

2. Rujuk cergas

Kata Terbitan : melincah-lincah, terlincah-lincah, kelincahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemain yang sungguh lincah itu telah dikawal oleh pihak lawan setiap kali dia menerima bola. munsyi, adakah lincah sesuai digunakan? TQMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lincah bermaksud tidak boleh diam atau bergerak selalu. Lincah juga bermaksud cergas, giat, pantas, tangkas, dan rancak. Oleh itu dalam konteks ayat tersebut, perkataan lincah boleh digunakan.Tatabahasa14.02.2012
kami terpesona apabila menyaksikan kelincahan ahli-ahli akrobatik berjalan di atas tali yang dirennggangkan. tuan, mengapakah buku rujukan mengatakan kelincahan adalah salah?

Kelincahan bermaksud perihal lincah. Antara maksud lincah ialah cergas, giat, pantas, tangkas dan rancak. Oleh itu, mana mungkin perihal sifat tersebut dapat dilaksanakan di atas tali yang direnggangkan. Apa yang dapat menggambarkan hal keadaan tersebut ialah keberanian atau perbuatan lain yang dilakukan dengan berhati-hati.

Tatabahasa03.08.2011
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"?Perkataan yang paling tepat ialah handal. 

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak.
Tatabahasa18.02.2014
SELAMAT PAGI TUAN..BOLAH SAYA DAPAT TAHU..BOLEHKAH SUNGUH DAN SEKALI DALAM SATU AYAT.. CONTOH SUNGGUH LINCAH SEKALI..TERIMA KASIHAmat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh sekali.Tatabahasa23.02.2014
Hi DBP Team, Saya ingin bertanya, apakah maksud "stay agile" dalam contoh ayat ini: "To help increase their exposure and stay agile in rapidly changing markets" Terima kasih ya.Perkataan agile boleh diterjemahkan sebagai cerdas, lincah, pantas, cepat dan tangkas. Puan boleh sesuaikan mengikut konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan15.05.2019
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "mobile trading" bagi jual beli saham melalui aplikasi telefon pintar? Terima kasih. Safuraa RamliKami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk “mobile trading” ialah dagangan lincah.Istilah19.07.2018
Tuan, Jawapan manakah di bawah adalah betul (atau kedua-dua jawapan juga betul). 1. ____________________ harga minyak dalam pasaran dunia menyebabkan kerajaan telah mengurangkan subsidi bahan bakar tersebut. a) Kenaikan b) Peningkatan 2. Pergerakan Hafiz dalam pertandingan badminton itu kelihatan _______________ kerana dia semakin mahir dalam sukan tersebut. a) lincah b) tangkas Terima kasih. Cik OngSekiranya merujuk makna dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, jawapan untuk soalan satu ialah "Kenaikan" dan jawapan bagi soalan dua, kedua-duanya boleh diterima.Lain-lain23.04.2018
What are the terms below in Bahasa Malaysia? 1. Agile Execution 2. Business Process Re-engineering and streamlining 3. Data Warehouse ManagementKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Agile Execution: Perlakuan Lincah

2. Business Process Re-engineering and streamlining: Penggarisarusan dan Perekayasaan Semula Proses Perniagaan

3. Data Warehouse Management: Pengurusan Gudang Data

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. 
Istilah01.04.2021
1. Pelancong itu bukan dari negara Jepun. Saya tahu penggunaan kata nafi 'bukan' dalam ayat ini betul kerana digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa sendi. Kalau saya menukar ayat kepada Pelancong itu berasal dari negara Jepun.Adakah kata nafi yang sesuai ialah 'tidak' kerana berasal dari negara Jepun ialah frasa kerja. 2. Pemain yang sungguh lincah itu dikawal ketat oleh pihak A B lawan setiap kali dia menerima bola.Tiada kesalahan. C D Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di atas? Terima kasih!

1. Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Ayat tersebut perlu diperbetulkan menjadi, "Pelancong itu bukan dari negara Jepun, tetapi dari neara Korea.

2. Soalan kedua saudara tidak jelas.

Tatabahasa16.05.2009

Kembali ke atas