Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lindungan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lindungan1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan;Kamus Dewan Edisi Keempat
deking(déking) IB 1. bp tempat berlindung, lindungan, perlindungan; 2. bp cagaran: ketika meminjam wang tempoh hari, tanahnya dijadikan ~; 3. bp pelindung, penaung; dideking 1. bp dihalangi, disekat; 2. di­lindungi, dinaungi.Kamus Dewan Edisi Keempat
lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), ber­sembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, me­nyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melin­dungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
naung, naungan 1. tempat teduh (di bawah pohon dll), lindungan: duduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; panas di sini, tidak ada naungan utk berteduh; 2. ki jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan: dia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih; bernaung 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris; bernaungkan bersandarkan (berharapkan) sesuatu sbg pernaungan: hidup itu ~ penye­rahan diri kpd Allah; menaungi 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; pernaungan 1. tempat bernaung, perlin­dungan; 2. perihal (perbuatan dsb) menaungi: dgn cara paksaan, gesaan atau ~; penaungan perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan; penaung orang yg memberi lindungan (ban­tuan, galakan, dll), pelindung.Kamus Dewan Edisi Keempat
naungan1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2 ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu, banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepatan1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
rimbunan1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak;Kamus Dewan Edisi Keempat
naung, = naungan 1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2 ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu, banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris. bernaung 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan drpd negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. menaungi 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll: Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. pernaungan perbuatan atau hal bernaung. penaungan perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. penaung orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
di bawah1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
naung= naungan 1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (spt di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris. bernaung 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan dr negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. menaungi 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll:Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. pernaungan perbuatan atau hal bernaung. penaungan perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. penaung orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas