Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gelung I1. lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); sanggul ~ kondai, sanggul; bergelung melengkung, berlingkar: ular ~; dawai yg ~ itu mesti diluruskan sebelum dipakai; menggelung 1. melengkung hingga menjadi gelung (rotan dll); 2. membuat sanggul;menggelungkan melingkarkan, melengkungkan;tergelung-gelung terlingkar-lingkar;gelungan lingkaran (dawai, rotan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lingkar1 keluk bergelung yg merupakan bulatan; gelung: se~ rotan. 2 simpai pd roda (tong dsb); bingkai. 3 keliling pd sesuatu bulatan; lilit. berlingkar 1 bergelung menjadi bulatan (bkn ular): Seekor ular ~ di dlm reban ayamnya. 2 ki berbaring atau tidur: Hari sudah tinggi tetapi dia masih ~ di tempat tidurnya. melingkar 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. melingkari 1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya. melingkarkan membuat (bergerak dll) supaya berlingkar; menggelungkan: Kelasi itu sedang ~ tali sauh. lingkaran 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lilit1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau.Kamus Dewan Edisi Keempat
lingkar1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, mem­belit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, me­lilitkan, menggelungkan: logam ini di­lingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
melingkar1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lilit1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
orak I; mengorak 1. menguraikan, mengung­­kai, membuka (tali, lingkaran, dll); 2. meng­hitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka; ~ ikatan menguraikan ikatan; ~ langkah mem­­buka langkah, mulai melangkah (ber­jalan); ~ lingkar mulai bekerja; ~ pura membuka pundi-pundi wang (membayar hutang); ~ selimut membuka selimut; ~ senyum tersenyum; ~ sila bangkit berdiri, pergi; segan ~ lingkar sangat malas; terorak terurai, terungkai, terbuka; orakan cara atau kaedah menghitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka.Kamus Dewan Edisi Keempat
sulur I1. pucuk ranting drpd tumbuhan yg melata atau melilit, carang, julai; 2. akar yg tumbuh drpd cabang dll (pokok beringin, ara, dll); 3. (Bio) tunas yg menjulur (drpd tum­buhan spt bawang dll); 4. Id garisan (dawai dll) yg berlingkar-lingkar spt spring; ~ batang berbentuk melingkar-lingkar spt spring; ~ bayung sj ukiran yg berupa tunas (pd bumbung dll); ~-bulur a) berbelit-belit tidak keruan; b) tidak menentu (percakapan dll); ~ paut sj julai yg tidak berdaun drpd beberapa jenis tumbuhan (utk berpegang atau berpaut pd batang lain); ~ tiang sambungan pd puncak tiang; bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya; menyulur keluar memanjang (tunas drpd beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur; sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yg men­jalar (rotan, sirih, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lingkungan1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melingkari1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas