Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lingkung
Kata Terbitan : melingkungi, terlingkung, lingkungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Salam sejahtera, menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama “antara” digunakan untuk merujuk lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Adakah ini bermakna sekiranya saya ingin merujuk sesuatu yang mempunyai lingkungan ruang atau jarak, “antara” perlu dihadiri dengan “di”, yakni “di antara”? Bagaimanakah penggunaannya dalam konteks jarak yang terdiri daripada 2 objek dengan jarak yang terdiri daripada 3 objek? Contohnya, Jarak antara/di antara rumah Ali dan/dengan sekolahnya ialah 5km. [konteks ini melibatkan dua objek, yakni Ali (objek 1) dan sekolah Ali (objek 2)]. Bagaimanakah sekiranya lingkungan jarak tersebut melibatkan tiga objek? Mutu berdiri antara/di antara Shami dengan Ahmad. [Dalam konteks ini, terdapat tiga objek, yakni, Shami (objek 1), Mutu (objek 2) dan Ahmad (objek 3)] Adakah “antara” mesti berpasangan dengan kata hubung “dan” manakala “di antara” perlu berpasangan dengan kata sendi “dengan”? Apakah jawapan yang betul? Mohon beri tunjuk ajar.Jika mempunyai ruang atau jarak, gunakan di antara, termasuk objek yang melebihi satu. Masukkan tanda koma bagi objek melebihi satu dan diakhiri dengan dan. Antara berpasangan dengan kata sendi dengan kerana menunjukkan perbandingan.Tatabahasa04.06.2010
Salam, ayat yang manakah betul? Beza masa di antara/antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam.Kata sendi nama “antara” berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh didahului oleh kata sendi nama “di”, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan “dan”, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama “dengan”.

Contoh ayat:

  1. Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak
  2. Perbezaan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata.
  3. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya.
  4. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.


Cadangan jawapan:

Beza masa antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam.


Tatabahasa12.07.2023
1) DIKALANGAN ATAU DI KALANGAN? ( DI.. JARAK KE TIDAK) 2) KENAPA? TQKalangan bermaksud lingkungan atau golongan dan penggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa16.07.2014
1. Makna bahasa? 2. Hubungan bahasa dengan otak manusia?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah
  • 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
  • Lain-lain12.04.2010
    Mohon pandangan tuan ke atas penggunaan perkataan ini: 1) Kalangan 2) Di kalangan 3) Dari kalangan 4) Daripada kalanganKalangan bermaksud lingkungan atau golongan dan penggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa03.03.2014
    APAKAH MAKSUD BAHASA???

    Saudara Suraya,

    Perkataan bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing  bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya.

    Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106. 

    Makna12.02.2010
    Apakah definisi bahasa?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah
  • 1. sistem lambang bunyi suara yang dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
  • Makna28.06.2016
    1.makna 'bahasa' 2.Makna 'komunikasi' 3.makna 'papan 'tanda' 4.makna 'papan kenyataan' (mengikut kamus dewan dan tokoh-tokoh) terima kasih....Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa bermakna sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Komunikasi pula bermakna perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll). Papan tanda pula ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan pula ialah papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna16.04.2009
    1) di kalangan adik-beradik atau di kalangan adik. 2) sepasang seluar atau sehelai seluar.

    1. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat.     Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, frasa yang betul ialah dalam kalangan adik-beradik

    2. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, sepasang bermaksud satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap dan sehelai bermaksud satu helai. oleh itu, jawapan yang betul ialah sehelai seluar.
    Tatabahasa20.03.2011
    12345

    Kembali ke atas