Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : tertutup (kepala, muka dgn kain, dll), tertudung; bertudung ~ berselubung panjang sebelah; melingkupi 1. menyelubungi, menudungi, menutupi: jikalau sel itu hidup, ia dilingkupi oleh benda berupa agar-agar yg tidak berwarna; 2. melingkungi atau meliputi (beberapa hal dll): pembicaraan itu ~ berbagai-bagai masalah; 3. ki meliputi (suasana dll), menyelubungi, menyelaputi: hawa dingin ~ sekitar kawasan itu; pem­bicaraan itu dilingkupi suasana yg tegang; terlingkup dlm keadaan dilingkupi, terling­kung, terliput, terselubung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : Mn habis semuanya (orang yg pergi atau datang), semuanya pergi atau datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : 1. = telingkup terbalik (kapal, perahu, dll), tertungkup; 2. ki, bp habis rosak atau punah, binasa, jahanam; melingkupkan membinasakan, menjahanam­kan: kalau dia hitam hatinya, soal ~ syarikat itu di hujung jarinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : tersungkup atau tertutup dr atas; tertudung. melingkupi 1 menjadi sbg tutup pd; menutupi: Selendang yg ~ kepalanya berwarna biru. 2 memberi bertutup; menudung: Dia ~ kepala anaknya dgn sehelai kain batik. 3 meliputi atau melingkungi beberapa hal dsb: Kuliah itu ~ beberapa tajuk. terlingkup dlm keadaan dilingkupi; tertudung; tersungkup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : , = terlingkup 1 terbalik (bkn kapal atau perahu). 2 habis rosak; punah; jahanam: Jika kita boros, ~lah perniagaan kita ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkup (adjektif)
Bersinonim dengan tertutup, tertudung;,
Kata Terbitan : melingkupi, terlingkup,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
phutadv ; go ~, (colloq) lingkup: the brakes in the car went ~,brek kereta itu telah lingkup; his business has gone ~, perniagaannya telah lingkup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scope3. range, ruang lingkup, skop: we need to extend the ~ of our business activities, kita perlu meluaskan skop kegiatan perniagaan kita; the chairman ruled that the matter was outside the ~ of the inquiry, pengerusi memutuskan bahawa perkara itu di luar ruang lingkup siasatan tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wipe~ out, a. clean the inside of (st) as with cloth, membersihkan: she made sure the inside of the teapot was thoroughly ~d out before putting it away, dia memastikan supaya sebelah dalam teko itu betul-betul dibersihkan sebelum disimpan; b. destroy completely, i. (people) menghapuskan: the epidemic ~d out the whole population, wabak itu menghapuskan seluruh penduduk; ii. (buildings etc), (act.) memusnahkan; (pass.) musnah: the city was ~d out in the earthquake, bandar raya itu musnah dlm gempa bumi; iii. (firms etc), ( act.) melingkupkan; (pass.) lingkup: one of the many businesses that were ~d out during the depression, salah satu antara banyak perniagaan yg lingkup semasa kemelesetan ekonomi; c. put an end to (st), menghapuskan: every effort was made to ~ out injustice in the system, segala usaha telah dijalankan utk menghapuskan ketidakadilan dlm pentadbiran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
horizonn 1. line at which sky and earth seem to meet, kaki langit, ufuk, horizon: the sun sank below the ~, matahari terbenam di ufuk; sensible ~, kaki langit nyata; 2. (fig.), [various translations]: travel will broaden a person’s ~s, pengembaraan akan meluaskan pengalaman sso; beyond the ~ of human intellect, di luar batas intelek manusia; political ~, ruang lingkup politik; 3. (geol) lapisan (tanah).Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas