Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
broadsidehalaman lintang; pelipat lintang; iklan lipatKesenianTiada1. Halaman lintang: Cetakan iklan melintang pada seluruh muka kertas yang dilipat.
Antartic CircleBulatan AntartikGeologiTiadaGaris lintang 66 1/2oU yang membentuk satu bulatan yang mengelilingi Kutub Selatan.
tentoriumtentoriumBiologiHistologi dan Sitologi1 Kerangka berkitin yang menjadi sokong otak serangga. 2 Lipatan lintang pada dura mater. pada sesetengah mamalia lipatan ini beros dan terletak di antara serebelum dengan lobus osipital otak.
critical speedlaju gentingKejuruteraanTiada1. Kelajuan sudut aci yang sepadan dengan keadaan apabila aci yang berputar mengalami getaran lintang yang menyebabkan pesongan berlebihan sehinggakan berlaku perubahbentukan abadi dan kerosakan struktur.,2. Nilai kelajuan semasa menaik yang padanya proses menaik itu mesti dibatalkan jika pesawat mahu berhenti di ruang yang ada.
interior anglesudut pedalamanMatematikTiada1. Sudut yang terbentuk oleh dua sisi bersebelahan melalui kawasan pedalaman sesuatu poligon. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis dan terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan.
enterior anglesudut peluaranMatematikTiada1. Sudut yang terbentuk oleh salah satu sisi dengan perpanjangan sisi bersebelahan. Ia merupakan sudut yang bersebelahan dengan salah satu sudut pedalaman. 2. Sudut yang terbentuk oleh rentasan lintang bagi dua garis dan tidak terletak di pedalaman kedua-dua garis berkenaan.
annulusanulusBiologiHistologi dan Sitologi1. Lapisan membran tipis yang terdapat di stip beberapa jenis agarik. 2. Tampuk atau kumpulan sel berdinding tebal pada dinding sporangium paku-pakis dan boleh melakukan proses pengeringan dengan cara penapisan. 3. Zon sel di bawah operkulum sporangium lumut yang akan pecah dan membantu proses penyebaran operkulum. 4. Sebarang struktur yang berbentuk cecincin. 5. Digit keempat lengan pentadakil. 6. Subbahagian sendi yang membentuk sendi kecil artropod. 7. Cecincin lintang Hirudinea yang membahagikan kawasan luar somit.
flow, laminaraliran laminarHidrologiTiadaAliran bendalir yang daya kelikatannya melebihi daya-daya lain. Dalam aliran alur zarah bendalir bergerak dalam laluan yang hampir tentu dan secara nisbinya licin tanpa campuran merentas lintang yang nyata. Di aliran alur, aliran laminar terjadi apabila nombor Reynold lebih kecil dari 500-2000 dan di aliran melalui medium berliang apabila nombor Reynold lebih kecil dan 1-10.
fogkabutSainsHidrometeorologiKekaburan di lapisan permukaan atmosfera yang disebabkan oleh ampaian titisan air, bersama dengan zarah asap atau tidak. Mengikut persetujuan antarabangsa, istilah ini ditakrifkan sebagai kekaburan yang ketampakannya kurang daripada 1 km. Kabut berbeza daripada awan kerana dasarnya berada di permukaan bumi. Kabut yang terdiri daripada hablur ais dinamakan kabut ais. kabut terbentuk apabila suhu udara dan takat embun adalah sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwapan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama ada melalui penyejukan udara itu ke takat embunnya (menghasilkan kabut alir lintang, kabut sinaran atau kabut cerun atas) atau dengan penambahan kelengasan serta peningkatan takat embun (menghasilkan kabut kukus atau kabut perenggan). Kabut jarang berlaku apabila perbezaan antara suhu udara dan takat embun melebihi 4oF. Kabut mudah dibezakan daripada jerebu berdasarkan kelembapan dan warna kelabu yang nyata.

Kembali ke atas