Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pan] | ليڤن

Definisi : sj binatang berbisa yg banyak kakinya, Lithobius spp., Scutigera spp.; jenis-jenisnya: ~ bara, ~ gading, ~ papan, ~ rumah, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pan] | ليڤن

Definisi : beberapa jenis binatang yg banyak kakinya dan berbisa, Scolopendra spp.: ~ bara; ~ gading dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipan

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan.( belakang disengat perlu tambah `oleh`?)Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan. Ayat ini betul. Kata sendi nama oleh boleh digugurkan sekiranya kata kerja (disengat) diikuti pelaku (lipan) tanpa diselangi kata lain.Tatabahasa20.07.2020
Rimau (harimau), depan (hadapan) dan lipan (halipan). Apakah istilah linguistik bagi perkataan-perkataan ini? Terima kasih.Rimau (harimau), depan (hadapan) dan lipan (halipan) merupakan perkataan yang digunakan secara umum. Tiada istilah linguistik bagi perkataan yang dinyatakan.Tatabahasa07.01.2013
Bolehkah kita kata "nyamuk menyengat manusia"? ataupun "nyamuk menggigit manusia"? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "nyamuk menggigit manusia". Menyengat digunakan untuk serangga atau binatang kecil yang mempunyai sengat seperti lebah, lipan dan kala jengking.Tatabahasa28.04.2012

Kembali ke atas