Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pat] | ليڤت

Definisi : 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis­-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menye­lubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pat] | ليڤت

Definisi : ; ~ dua (tiga, empat) berangkap atau berkembar dua (tiga, empat). ~ pandan nama bentuk sanggul yg gelungnya sama spt bentuk gelung daun pandan yg akan dianyam. berlipat 1 dilipat dgn kemas (bkn kain baju, kertas dsb): Kain baju yg dibasuh sudah ~. 2 diperbanyak sekian kali; berganda: ~ tiga diperbanyak tiga kali; tiga kali sebanyak yg dahulu. berlipat-lipat 1 banyak lipatnya; berlapis-lapis. 2 menjadi banyak sekali. melipat membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. lipatan sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. pelipat 1 = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; garisan pd kain, kertas dll. 2 bekas kena lipat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(30)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
daun lepas lipatdaun lepas lipatKesenianTiadaHasil ukiran berbentuk daun sehelai terlipat di tepi tetapi masih menampakkan bahagian yang sebelah lagi.
screenfold of flourlipat skrin empat lipatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
folding boxboardpapan pak lipatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan kertas yang mempunyai ciri lipat dan ketegaran yang baik, yang dibuat daripada pulpa kertas buangan atau campuran pulpa kertas buangan, dan pulpa mekanikal. Papan pak lipat terdiri daripada satu lapisan atau lebih, dan boleh disalut dan diwarna. Papan pak lipat banyak digunakan sebagai pembungkus barang-barang siap serperti kotak susu, kotak minuman dan makanan.
double foldlipatan dua kali;tepi lipatKesenianTiadaTepi lipat: Bahagian fabrik yang akan dilipat.
foldlipatan; lipatPentadbiran PerniagaanTiada2. Lipatan: Sesuatu yang berlipat seperti kain, kertas dan sebagainya.,3. Lipat: Sesuatu yang dipatahkan dengan tidak putus supaya kedua bahagiannya berlapis.
folderfail lipatKomunikasiKorporatSampul yang digunakan untuk menyimpan maklumat organisasi atau sesuatu acara. Sampul ini boleh diperbuat daripada kertas, kanvas, atau plastik. Saiz sampul biasanya lebih besar daripada saiz kertas biasa yang diselitkan. Dalam komunikasi korporat, fail lipat berfungsi sebagai tempat mengisi maklumat mengenai organisasi atau bahan mesyuarat, kursus, atau seminar yang diedarkan kepada khalayak yang berkaitan dan berkepentingan kepada organisasi, seperti pelawat atau pihak media. Bahagian kulit hadapan fail lipat biasanya mempunyai reka bentuk dan warna yang melambangkan citra organisasi. Sinonim selongsong.
tripleganda tiga; trirangkap;inap tigaPentadbiran PerniagaanTiadaInap tiga: Keadaan penginapan dalam bilik yang memuat tiga orang dan mempunyai sama ada satu katil kelamin dan satu katil lipat atau dua katil biasa dan satu katil lipat.
rejaman (lipat)(Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
folduplipat naikKomunikasi MassaTiadaTiada
diptychlipat duaKomunikasiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas