Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ā®pelipis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipis

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Angin bertiup sebelah utara;
Bila berdepan memanglah manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari Kuala Lipis ke Jerantut, Bera dan Kuala Rompin, mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kaya dengan keindahan sumber semula jadinya, dengan flora, fauna, sungai, tasik dan pantai yang tinggi [nilai eksotikanya (atau nilai eksotiknya).. yg mana betul?]

Puan Rahemah,

Perkataan yang betul ialah eksotik yang bermaksud luar biasa atau keistimewaan.

Ejaan10.03.2010
SEMAKAN TULISAN JAWI BAGI "PEJABAT KESIHATAN DAERAH LIPIS"Tiada lampiran dokumen untuk disemak. Sila lampirkan teks jawi tersebut contohnya dalam format jpeg. untuk semakan pihak DBP.Ejaan29.01.2020
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain19.11.2010
Adakah terdapat perbezaan maksud di antara "stesen bas" dengan "terminal bas"? Contoh: Terminal Bas Putra (Kuala Lumpur), Stesen Bas Kota Bharu (Kelantan), Terminal Bas Bersepadu Selatan (Kuala Lumpur).

Terminal juga bermaksud stesen atau hentian. Walau bagaimanapun lazimnya stesen digunakan untuk hentian yang agak kecil seperti Stesen Bas Kuala Lipis, manakala terminal digunakan untuk hentian yang besarĀ atau tempat transit untuk pelbagai jenis pengangkutan seperti Terminal Bersepadu Selatan.

Tatabahasa21.09.2012

Kembali ke atas