Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.po.pro.téin] | ليڤوڤروتين

Definisi : (lipoprotéin) (Bio) protein yg ber­gabung dgn lipid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipoprotein


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lipoproteinlipoproteinVeterinarPraklinikalKompleks makromolekul yang terbentuk daripada gabungan lipid dan protein yang larut dalam darah. Lipoprotein disintesis oleh hati dan usus kecil. Lipoprotein dikelaskan kepada kilomikron; lipoprotein ketumpatan sangat rendah; lipoprotein ketumpatan rendah dan lipoprotein ketumpatan tinggi mengikut ketumpatannya. Lipoprotein berfungsi untuk mengangkut lipid dan dalam pengesteran.
lipoproteinlipoproteinBioteknologiTiadaProtein yang bergabung dengan lipid dan terdapat dalam serum sebagai siklomikron (CM), lipoprotein berketumpatan sangat rendah (VLDL), lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). Lipoprotein berperanan mengekalkan kelarutan lipid untuk membolehkannya diangkut melalui serum dan seterusnya menyampaikan lipid kepada tisu.
lipoproteinlipoproteinMakanan dan PemakananPemakananKompleks protein dan lipid yang bertindak sebagai pengangkut lipid dalam limfa dan darah. Lipoprotein mengandungi trigliserida dan kolesterol yang dikelilingi oleh lapisan yang terdiri daripada protein dan fosfolipid. Terdapat pelbagai jenis lipoprotein yang berbeza mengikut saiz, komposisi dan ketumpatan.
lipoproteinlipoproteinGerontologiTiadaGabungan lipid dan protein yang mempunyai sifat umum protein. Lipoprotein penting untuk pengangkutan lipid dalam darah dan limfa.
high density lipoproteinlipoprotein ketumpatan tinggiGerontologiTiadaLipoprotein yang mengandungi banyak protein tetapi kurang kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol ke hati daripada sel periferal.
low density lipoproteinlipoprotein ketumpatan rendahGerontologiTiadaLipoprotein yang mengandungi kurang protein tetapi tinggi kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol dari hati ke sel periferal.
lipoproteinlipoproteinFizikNanoteknologiGabungan lipid dan protein, mempunyai sifat umum protein dan penting untuk pengangkutan lipid di dalam darah dan limfa. Lipoprotein juga merupakan pembawa kolesterol berbentuk sfera dengan diameter 20 nm.
high density lipoprotein (HDL)lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)Makanan dan PemakananPemakananSejenis lipoprotein yang mengangkut kolesterol kembali daripada sel kepada hati. Lipoprotein berketumpatan tinggi dikenali juga sebagai kolesterol baik kerana tahap yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
lipoproteinlipoproteinPerubatanTiadaTiada
lipoproteinlipoproteinPerikananTiadaTiada
1234

Kembali ke atas