Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liputan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
program coverageliputan rancanganKomunikasiKorporat1. Proses membuat liputan sesuatu acara di luar studio radio dan televisyen. Genre rancangan adalah pelbagai, iaitu daripada yang berbentuk bicarawara hingga ke genre hiburan dan liputan acara rasmi hal ehwal semasa. Contohnya, liputan rancangan di Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepentingan dan kerasmian sesuatu acara atau majlis yang berlangsung, ciri khalayak, serta waktu dan tempoh siaran. Bagi stesen swasta, liputan sesuatu rancangan dilakukan sekiranya memberikan pulangan yang tinggi kepada stesen berkenaan. 2. Jumlah isi rumah yang menerima sesuatu rancangan melalui satu atau lebih stesen. Hal ini disebabkan penilik radio atau televisyen berkenaan berada di kawasan yang dapat dicapai oleh liputan siaran rancangan tersebut. 3. Liputan kandungan sesuatu rancangan radio atau televisyen. Liputan ini merangkumi isi atau inti pati penting yang wujud dalam sesebuah rancangan yang boleh memberikan gambaran dengan jelas mengenai genre dan tema rancangan yang dapat memberikan kesan optimum kepada khalayak. Melalui rancangan ini, jenis khalayak sasaran boleh dikenal pasti. Maklumat ini sering untuk menjadi petunjuk kepada para pengiklan supaya menyesuaikan jenis iklan yang dirancang agar bersesuaian dengan tema dan kandungan liputan rancangan tersebut.
undercast (layer)mendung bawahSainsHidrometeorologiLapisan awan dengan liputan sepuluh per sepuluh (1.0) dilihat dari satu titik cerapan atas dari la-pisan itu. Istilah ini paling umum digunakan dalam laporan juruterbang berkenaan dengan keadaan semasa penerbangan.
press coverageliputan akhbarKomunikasiTiada1. Penyiaran laporan berita oleh media massa. 2. Kehadiran wartawan dalam sesuatu acara bagi mendapatkan berita. 3. Berita yang disiarkan.
satellite communicationkomunikasi satelitTeknologi MaklumatTiadaKomunikasi yang menggunakan satelit untuk memperluas liputan perhubungan, radio, televisyen atau sebarang pemancar dengan mengembalikan isyarat ke bumi daripada satelit dalam orbit. Suatu platform komunikasi yang menerima dan menghantar kembali isyarat daripada stesen bumi. Satelit menggunakan frekuensi mikrogelombang sebagai pembawa isyarat. Malaysia menggunakan satelit Measat-1, Measat-2 dan Tiongsat untuk komunikasi satelit.
prepublicitypraserantaKomunikasiKorporatProses dan strategi yang dilakukan lebih awal oleh penganjur bagi mendapatkan tumpuan khalayak terhadap sesuatu acara sebelum dilaksanakan. Proses ini diurus secara berperingkat dan bersistematik dengan mengaturkan acara kecil yang berasingan tetapi berkaitan dengan acara utama dan melibatkan liputan media. Contohnya, sebelum acara utama perlumbaan kereta Formula 1 diadakan, pelbagai acara kecil yang berkaitan dianjurkan. Antara acara kecil tersebut termasuklah pameran model kereta yang terlibat dalam perlumbaan berkenaan dan peralatan lain yang berkaitan, pertandingan ratu cantik Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar,,dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1 bagi memilih sukarelawan semasa perlumbaan sebenar, dan jamuan makan malam bersama pembesar negara serta bintang Formula 1. Acara kecil tersebut bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan dan sokongan khalayak terhadap acara utama yang akan diadakan.

Kembali ke atas