lyrical novel | novel lirik | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel. |
lyric | lirik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang menyuarakan pemikiran dan perasaan sesorang penyair. Puisi ini mungkin diucapkan secara bersendirian atau kepada watak lain. Dalam kebanyakan puisi lirik, watak tersebut adalah rekaan dan berbeza dengan watak penyair. Tema lirik biasanya tentang percintaan dan suasana perasaan watak juga berhubungan dengan percintaan tersebut. Puisi lirik merupakan suatu pernyataan ringkas tentang keadaan perasaan watak seperti dalam sajak bertajuk To Night oleh Shelley. Jenis-jenis puisi lirik ialah soneta, oda, elegi dan haiku. Puisi lirik yang lebih kompleks dan pabnjang ialah elegi dan oda. Contoh puisi Oda ialah On the Morning of Christ�s Nativity oleh Milton. Lihat juga oda. |
mozarabic lyric | lirik mozarabik | Kesusasteraan | Tiada | Lirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab. |
lyric song | nyanyian lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat. |
lyric poetry | puisi lirik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang diperkaya dengan gaya lirik seperti irama, simbolik dan lain-lain untuk menyampaikan perasaan pengarang. |
lyric prose | prosa lirik | Kesusasteraan | Tiada | Prosa yang diperkaya dengan gaya lirik seperti irama, simbolik dan lain-lain untuk menyampaikan perasaan pengarang. |
lyrical drama | drama lirik | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang menggunakan lirik atau unsur puisi untuk menyampaikan jalan cerita. |
lyric poetry | puisi lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang sangat peribadi sifatnya. Apabila puisi lirik ini dibaca secara senyap atau dideklamasikan, kesannya akan menyentuh perasaan dan hati nurani pembaca atau pendengar. Contohnya, puisi "Berkolek Bersajak (i)"' dan "Berkolek Bersajak (ii)" dalam antologi Pengantin Laut karya J.M. Aziz. |
nocturne | nokturna | Kesusasteraan | Puisi | Puisi-puisi lagu atau isi lirik atau pemikiran yang diungkapkan adalah berhubung dengan perasaan seseorang. Noktuma ini dicipta untuk dilagukan pada waktu malam. Contohnya, puisi atau lirik lagu "Jeritan Batinku" ciptaan S. Sudarmaji, nyanyian Allahyarham P. Ramlee dapat digolongkan dalam nokturna ini. |
horation ode | oda horas | Kesusasteraan | Tiada | Sajak lirik Inggeris yang diilhamkan daripada lagu karya penyair rome yang bernama Horace. Dalam sajak ini, setiap stanza biasanya mempunyai bentuk dan pola meter yang sama. Sajak ini berbeza dengan sajak lirik ciptaan Pindar. Lihat juga oda. |