Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.san] | ليسن

Definisi : 1. lidah: jilat dgn ~ tujuh hari; 2. sesuatu yg diucapkan (tidak ditulis); saya telah diberitahu dgn (secara) ~ diberitahu dgn mulut (bukan dgn surat); melisankan menyebut dgn mulut, menutur­kan; kelisanan hal yg berkaitan dgn lisan: istilah dan gagasan yg dipakai utk membicarakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.san] | ليسن

Definisi : 1 lidah. 2 sesuatu yg diucapkan; perkataan: diberitahu secara ~ diberitahu dgn mulut (tidak dgn surat). melisankan menyebut dgn mulut; menuturkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lisan
Kata Terbitan : melisankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunan istilah: 1. Ujian Lisan 2. Ujian Lisan Bertutur 3. Ujian Lisan Mendengar Adakah istilah 2 dan 3 wujud sedangkan Lisan bermakna bertutur dan mendengar.Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan, frasa Ujian Lisan telah merangkumi maksud bertutur dan pemeriksa mendengar apa yang diucapkan.Tatabahasa17.07.2014
Apakah ciri atau sifat bahasa lisan?Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan semasa berkomunikasi. Bahasa lisan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan(tidak ditulis).Tatabahasa19.07.2007
salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih

Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. 

    

 

Lain-lain14.06.2011
Apakah ciri atau fungsi bahasa lisan?Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis).Tatabahasa19.07.2007
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul.

1. Rostrum

2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut.

3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 

4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 

5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. 

Tatabahasa27.04.2010
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
terangkan tentang kemahiran lisan,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur menggunakan bahasa Melayu yang betul. Kemahiran membaca ialah kemahiran menyebut kata dengan bunyi dan nada yang betul. Kemahiran menulis ialah kemahiran mengeja, membuat ayat, memilih kata dan seterusnya membuat ayat yang betul. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.Makna30.10.2006
Assalamualaikum, adakah menjadi kesalahan sekiranya kita menggunakan bahasa lisan dan bahasa pasar/basahan untuk penulisan tidak formal seperti novel/cerpen dan artikel bukan ilmiah? adakah istilah lisan/pasar ini perlu dibezakan daripada istilah penulisan yang skema? jika perlu dibezakan, bagaimanakah cara yang betul untuk membezakannya? contohnya, kebiasaan penulis membezakan bahasa bukan melayu dengan menjadikannya Italic. adakah bahasa pasar ini perlu di-Italic juga atau ada cara lain? Terima kasih.Dalam penulisan kreatif bahasa lisan ialah dialog yang digunakan dalam penceritaan tersebut. Dialog lazimnya dibubuh tanda petik (" ").Tatabahasa04.03.2015
Assalamualaikum wbh. Mohon pencerahan untuk penambahbaikan struktur ayat berikut: Pelajar dapat menggunakan kemahiran komunikasi yang berkesan secara lisan dan penulisan untuk menyampaikan idea dan maklumat atau; Pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis. Ayat yang mana lebih tepat penggunaannya? Terima kasih.Cadangan kami, "Dengan kemahiran komunikasi yang berkesan, pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan". Tatabahasa07.02.2022
Salam sejahtera. Bolehkah DBP menjelaskan, secara ringkas, cara penghasilan kamus-kamus dan buku PERIBAHASA? Apakah sumber yang digunakan? Lisan atau bertulis? Jika ada sumber lisan, bagaimanakah data tersebut dipungut? Adakah peribahasa yang terbuku sahaja layak digunakan?Waalaikumussalam...
Sila hubungi Jabatan Penerbitan DBP untuk maklumat lanjut. Pihak kami hanya menjawab persoalan tentang penggunaan bahasa Melayu.
Lain-lain27.12.2018
12345678910...

Kembali ke atas