Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.su] | ليسو

Definisi : 1. lipatan atau kedut yg dijahit atau dibuat pd kain; 2. lipatan menirus yg dijahit pd pakaian; berlisu mempunyai atau dihiasi lisu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lisu
Rujuk :lipat, lipatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flutingwironKesenianTiada1. Wiron: Lisu-lisu kecil pada fabrik tipis yang menghasilkan kesan berlipat-lipat. Untuk fabrik sintetik, lipatan boleh dikekalkan melalui proses pemanasan. Popular sebagai trimin pada akhir abad ke-19 juga pada tahun 1960-an dan 1970-an.
clip-snipkacipKesenianTiadaGuntingan kecil yang dibuat pada kelim, pangkal lisu pemadan, lisu hias, lisu dan garis lipatan yang bertujuan untuk memberi kelegaan pada kelim pakaian.
dartlisu pemadanKesenianTiadaLisu pemadan: Lisu hias bentuk V, digunakan untuk membuat pakaian sama sendat, terutamanya pada bahagian bahu dan pinggang.
pickup linegaris tengah lisuKesenianTiadaGaris lipatan pada bahagian tengah lisu pemadan dan lisu hias.
inverted pleatlisu terbalikKesenianTiadaLisu yang terbentuk dengan menemukan dua tepi lipatan ke bahagian tengah luar pakaian dan membentuk lisu setentang pada bahagian dalamnya.
termination pointtanda titik hentiKesenianTiadaTanda pada penghujung lisu pemadan atau lisu hias untuk panduan apabila menetapkan kedudukan lapisan fabrik dengan tepat.
fish dartlisu cekungKesenianTiadaLisu pemadan yang tirus pada kedua-dua hujungnya, biasanya digunakan pada garis pinggang.
fan pleatslisu kekipasKesenianTiadaLisu yang ditekan-haba berbentuk kecil di atas dan besar di bawah serta memberi bentuk sika-siku di bahagian kelepet. Mula dipopularkan pada akhir tahun 1880-an.
sunburst-pleatlisu sinaranKesenianTiadaLisu yang ditekan-haba berbentuk kecil di atas dan besar di bawah serta memberi bentuk sika-siku di bahagian kelepet. Mula dipopularkan pada akhir tahun 1880-an.
kick pleatlisu selesaKesenianTiadaLisu iring tunggal pada skirt tirus untuk memudahkan pergerakan.
12345678910...

Kembali ke atas