Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.te.ra.si] | ليتراسي

Definisi : kebolehan menulis dan membaca, celik huruf; ~ komputer tahu menggunakan dan mengendalikan komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata literasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon terjemahkan Literacy Thinking dalam bahasa melayu kerana terdapat perbezaan pendapat di sini sama ada Pemikiran Literasi atau Literasi Pemikiran. Terima kasihKedua-dua terjemahan iaitu Pemikiran Literasi dan Literasi Pemikiran boleh digunakan untuk terjemhan kepada Literacy Thinking mengikut konsep yang hendak disampaikan.  Untuk lebih tepat, tuan perlu memberitahu konsep apa yang hendak disampaikan.  Terima kasih. Makna24.04.2020
Salam 1Malaysia. Saya ingin memohon kepastian sama ada penggunaan perkataan "agen perubahan sosialisasi masyarakat" dalam ayat berikut sesuai digunakan atau ada ayat lain yang pihak tuan cadangkan. Terima kasih. Contoh ayat. Untuk mencapai status negara maju, guru memainkan peranan penting untuk membawa murid dan masyarakat setempat keluar dari belenggu kemiskinan. Oleh itu, sebagai agen perubahan sosialisasi masyarakat, guru perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertentu supaya murid-mudid dapat pelbagai dimensi pendidikan iaitu literasi asas, literasi bahasa, literasi budaya, literasi sosial, literasi ekonomi, literasi politik, literasi agama, dan literasi intelektual.Lihat maksud sosialisasi dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sosialisasi, dan perkataan sosialisasi tidak dapat difahami dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis.Lain-lain06.12.2015
salam, saya ingin bertanya tentang apa yang dimaksudkan dengan literasi bahasa melayu. apakah perkara-perkara yang terdapat dalam literasi bahasa.Literasi bermaksud kebolehan seseorang menulis dan membaca ataupun perkataan lain ialah celik huruf. Maksud umum bagi literasi bahasa Melayu ialah celik bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan penjelasan yang jelas, sila rujuk buku-buku berkenaan atau pusat bahasa di IPTA.Makna26.04.2012
Mohon bantuan untuk semakan definisi ini sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa : 1. Literasi Maklumat Literasi Maklumat (LM) adalah satu keupayaan bagi memperkasa individu untuk mengenal pasui, menilal, mengurus, mencipta dan menyebar maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa Membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapat maklumat berkualiti. 3. Mengurus maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Mengguna maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyebar dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat sivik melalui pelbagai medium dan format. Kerjasama dan bantuan tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

1. Literasi Maklumat (LM) adalah suatu keupayaan individu untuk mencari maklumat,  mengenal pasti, menilai, mengurus, mencipta dan menyebarkan maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa dan membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Keupayaan mengakses dan menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapatkan maklumat berkualiti. 3. Menguruskan maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Menggunakan maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyampaikan dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat melalui pelbagai medium dan format.  

Tatabahasa23.09.2022
Apakah istilah yang paling tepat untuk "Perceived Physical Literacy Instrument"? Adakah "Instrumen Tanggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Anggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Pengamatan Literasi Fizikal?". Contoh instrumen dilampirkan dalam fail di bawah.Padanan bahasa Melayu untuk "Perceived Physical literacy Instrument" ialah Instrumen Anggapan Literasi Fizikal.Makna24.10.2022
Salam sejahtera. Kami dari Media Education For All sedang menghasilkan modul literasi media untuk melatih guru-guru seluruh negara. Laman web kami: https://arus.cc/mediaedu4all Kami ingin meminta bantuan DBP untuk padanan senarai istilah literasi media seperti yang dilampirkan. Untuk memudahkan tuan/puan, anda hanya perlu mengisi di ruang kuning sahaja. Saya boleh dihubungi di phuiyee.yam@arusacademy.org.my atau 016-5532712 jika ada soalan. Sekian, terima kasih.Kami telah meneliti dan memberikan cadangan padanan dalam bahasa Melayu bagi senarai istilah yang dilampirkan. (Rujuk Lampiran)Lain-lain07.05.2021
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'memaknai'? Contoh ayat: Pendidikan kewarganegaraan akan memaknai tahap literasi murid dalam konteks Negara Malaysia.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna membawa maksud "erti atau maksud". Memaknai dalam ayat tersebut boleh bermaksud "memberi maksud atau memberi erti" tahap literasi (keboleh menulis dan membaca) murid.Makna12.03.2015
Saya pelajar pascasiswazah dalam proses membuat kajian pengesahan instrument untuk mengukur literasi kesihatan pergigian dalam bahasa Melayu. Saya tidak begitu faham kaedah untuk mengira index keboleh bacaan untuk petikan atau rangkap dalam bahasa Melayu. Saya mohon bantuan dari DBP sama ada boleh membantu saya mengira index kebolehbacaan itu atau memberikan saya kaedah pengiraan serta klasifikasi index. Sekian, terima kasihUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan mengira indeks kajian kerana hal ini melibatkan perkara yang teknikal, bukanlah aspek bahasa semata-mata. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam indeks yang telah disediakan. Tatabahasa18.02.2015
ADEKUASI : ADEQUACY Mohon nasihat DBP adakah sesuai penggunaan perkataan di atas untuk digunakan dalam ekonomi? Saya agak keliru apabila menggunakan kecukupan : adequacy, memandangkan ianya (kecukupan) agak terlalu luas dan mengelirukan, terutama dengan penggunaan istilah financial adequacy = kecukupan kewangan. Serupa dengan penggunaan literasi bagi literacy, dan sesuai digunakan untuk financial literacy berbanding kecelikan kewangan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Untuk makluman, "adekuasi" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah bahasa Melayu untuk "adequacy" ialah kecukupan (kecukupan kewangan). Untuk istilah "literacy", kedua-dua istilah bahasa Melayu, iaitu literasi dan kecelikan boleh digunakan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kecelikan kewangan atau literasi kewangan.Istilah09.08.2016
sy guna komik yang dilukis sendiri untuk mengambarkan plot cerita dalam komsas. sangat berkesan untuk kelas corot. dalam PMR 2011, semua lulus 100% walau 6 orang tahap literasi bahasa sangat rendah..subjek lain mereka gagal..he..he.. kelas bahasa jadi menarik..mengapakah saudara memilih komik Doraemon? Boleh berkongsi?Lain-lain07.06.2012
12

Kembali ke atas