Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.tu.pan] | ليتوڤن

Definisi : (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.tu.pan] | ليتوڤن

Definisi : sesuatu yg melitupi: ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata litupan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Salam, mohon nasihat adakah perkataan LITUPAN dan LIPUTAN boleh digunakan setiap masa untuk maksud yang sama atau ada tempat yang hanya salah satu. 2) Yg berikut mana satu betul : a) Litupan bedak asas a) Liputan bedak asasFrasa yang betul ialah "liputan bedak asas".Tatabahasa21.07.2016
sy nk tya soaln nie... apakah mksud ''ruang lingkup yang luas''????Ruang lingkup merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud liputan atau litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb). Jadi mengikut konteks ayat yang dikemukakan 'ruang lingkup yang luas bermaksud litupan atau liputan sesuatu bidang atau pengetahuan yang luas.Makna25.07.2012
1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitifTiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2011
Mana yang lebih tepat: ruang lingkup atau ruang litup ?

Kedua-duanya betul, ruang lingkup sama maknanya dengan ruang liput atau ruang litupan.

Istilah29.11.2009
Bolehkah perkataan PROPAGASI digunakan? Contoh ayat: Untuk membantu pemuliharaan terumbu karang, Jabatan Perikanan Malaysia memainkan peranan penting menjalankan kerja propagasi terumbu karang. Ia bertujuan untuk menjamin kelestarian dan meningkatkan litupan terumbu karang di perairan Malaysia.Perkataan propagasi boleh digunakan dalam ayat tersebut yang bermaksud pembiakan.
Lain-lain17.09.2020
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012

Kembali ke atas