Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ba/] | لوبق

Definisi : 1. sj tumbuhan (ubinya dibuat sayur); ~ cina (putih) sj tumbuhan, rades, Raphanus sativus; ~ hutan sj tumbuhan (herba), lebuk hutan, Orchidantha longiflora; ~ jantan sj tumbuhan (herba), bakung rimba, bangkung rimba, Susum malayanum; ~ merah sj tumbuhan, bortel, Daucus carota sativa; 2. Mn kubis, kol; bagai ~ di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan prb perihal kanak­kanak yg subur tubuhnya (cepat membesar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ba/] | لوبق

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg umbinya boleh dibuat sayur. ~ cina (putih) lobak yg umbinya berwarna putih, Raphanus sativus. ~ merah (manis) lobak yg umbinya berwarna oren; karot, Daucus carota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lobak

Puisi
 

Nasi hangat sayur pun hangat,
     Tumis lobak bersama bawang;
Adik ingat abang pun ingat,
     Memandang gambar terkenang-kenang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Terung buah bergantung,
     lobak buah berlindung.

Bermaksud :

Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minestroneminestronPentadbiran PerniagaanTiada1. Sup istimewa Itali daripada lobak merah, lobak, kentang, daun saderi, kacang ginjal dan sebagainya yang dihidang bersama keju parmesan yang ditabur di atasnya. 2. Potongan nipis berbentuk segi empat tepat, segi empat bujur atau segi tiga.
radishlobak putihPentadbiran PerniagaanTiada1. Lobak yang berwarna putih, boleh dimakan mentah, dimasak atau sebagai salad.
glazed turniplobak bergerlisPentadbiran PerniagaanTiadaLobak yang dimasak dalam air garam, ditus dan kemudian disaute dengan mentega dan gula.
vichy carrotslobak merah vichyPentadbiran PerniagaanTiadaPotongan lobak merah yang melintang setebal kira-kira 1mm.
raifort saucesos lobak kudaPentadbiran PerniagaanTiadaSos Bechamel yang dicampur lobak kuda parut.
puree of carrot soupsup puri lobak merahPentadbiran PerniagaanTiadaSup puri daripada lobak merah.
cream of carrot soupsup krim lobak merahPentadbiran PerniagaanTiadaSup krim daripada lobak merah yang dicelur, dikisar dan dimasak dengan susu.
horseradishlobak kudaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
radishlobakPertanianTiadaTiada
horseradishlobak kudaPentadbiran PerniagaanTiadaSayuran ubi yang isinya berwarna perang kekuningan dan isi akarnya berwarna putih yang disagat untuk stik dan kentang bakar.
123456

Kembali ke atas