Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.bo.to.mi] | لوبوتومي

Definisi : (Ubat) pemotongan saraf tertentu pd otak secara pembedahan utk merawat penyakit mental yg teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lobotomi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frontal lobotomilobotomi frontalPsikologiPsikologi UmumKaedah rawatan perubatan psikosurgeri yang melibatkan pengasingan lobus frontal otak. Prosedur ini digunakan untuk menenangkan individu yang tidak dapat dirawat dengan kaedah lain. Kaedah ini boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan seperti seizur (sawan), emosi menumpul, perubahan besar dalam personaliti dan stupor.
lobotomylobotomiPerubatanTiadaPembedahan yang melibatkan pemotongan serat-serat saraf lobus otak.
lobotomylobotomiPsikologiTiadaTiada
medical therapyterapi perubatanPsikologiPsikologi UmumTerapi pesakit yang berkait dengan masalah psikologi menggunakan kaedah perubatan konvensional seperti farmakologi, terapi elektrokonvulsif atau psikosurgeri. Proses terapi ini biasanya dikendalikan oleh pakar psikiatri. Terapi farmakologi menggunakan dadah untuk merawat gangguan emosi yang teruk seperti kebimbangan dan kemurungan. Dadah juga digunakan untuk menenangkan serangan skizofrenia dan kecelaruan rasa hati yang teruk. Contohnya, dadah antipsikotik atau transkuilizer major digunakan untuk menenangkan pesakit, di samping mengurangkan halusinasi dan delusi. Terapi psikosurgeri pula digunakan untuk merawat pesakit yang tidak memberi respons kepada rawatan lain. Contohnya, lobotomi berupaya merungkai rangkaian saraf dalam otak supaya penghantaran maklumat dapat dikawal dan seterusnya dapat menenangkan pesakit berkenaan.

Kembali ke atas