Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.bus] | لوبوس

Definisi : (Bio) bahagian sesuatu organ tubuh yg berbentuk bulat, spt pd otak atau paru-paru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lobus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pituitary glandkelenjar pituitariPerubatanTiadaKelenjar endokrin yang terletak di dalam sela tursika pada dasar otak. Kelenjar ini yang terdiri daripada dua lobus, iaitu lobus anterior dan lobus posterior, dihubungkan dengan hipotalamus oleh tangkai pituitari. Lobus atau pituitari anterior menghasilkan hormon, seperti GH, ACTH, ?-MSH, b-MSH, TSH, FSH, LH dan prolaktin apabila hipotalamus terangsang. Lobus atau pituitari posterior pula merupakan tempat simpanan bagi hormon oksitosin dan hormon vasopresin.
pituitary glandkelenjar pituitariBiologiFisiologiKelenjar pada pangkal otak dan melekat kepada hipotalamus melalui suatu tangkai. Ia terdiri daripada dua lobus utama, iaitu lobus anterior (adenohipofisis), dan lobus posterior (neurohipofisis). Lobus anterior merembes beberapa hormon penting seperti hormon pertumbuhan, ACTH, a-MSH, b-MSH, TSH,LH dan prolaktin apabila kelenjar dirangsang oleh faktor yang dirembes oleh hipotalamus. hormon-hormon ini mengawalatur fungsi tiroid, korteks adrenal dan organ endokrin lain. Jadi kelenjar ini adalah sangat mustahak untuk pertumbuhan, pematangan dan pembiakan haiwan vertebrat.
lobel/lobuslobusBiologiHistologi dan SitologiBahagian organ yang dibezakan akibat wujudnya lekuk atau septum, seperti yang terdapat pada kelenjar dan otak.
apical lobelobus apeksVeterinarPraklinikalBahagian kranial lobus pada organ. Contohnya; lobus apeks paru-paru.
parietal lobelobus parietalPerubatanPsikiatriSalah satu daripada struktur lobus otak yang terletak di atas lobus oksipital dan di belakang lobus frontal.
lobus osphradicuslobus osfradikusBiologiHistologi dan Sitologilih. gelendong olfaktori.
frontal lobeslobus frontalPsikologiPsikologi UmumLobus yang terletak di bahagian hadapan otak individu. Lobus ini mengandungi korteks motor yang mengarahkan lebih 600 otot badan menghasilkan gerakan terkawal atau voluntari. Pada bahagian kirinya terdapat kawasan Broca yang mengawal pertuturan. Individu yang cedera di kawasan tersebut akan menghadapi kesukaran untuk bertutur dengan baik. Kawasan lobus ini juga terlibat dalam aktiviti membuat perancangan, berfikir secara kreatif dan mempunyai inisiatif selain turut terlibat dalam kegiatan emosi.
pars intermediapars intermediaBiologiFisiologiKawasan tanpa batasan yang jelas di dalam kelenjar pituitari, iaitu antara lobus anterior dan lobus pasterior.
prostateprostatPerubatanTiadaKelenjar pada lelaki yang mengeliling leher pundi kencing dan uretra. Dari segi struktur, kelenjar ini terbahagi kepada lobus media dan dua lobus lateral, manakala tisunya pula terdiri daripada tisu otot dan tisu kelenjar.
cerebellumserebelumPerubatanTiadaBahagian otak yang memenuhi fosa kranium posterior, yang terletak di belakang batang otak. Struktur yang berlurah-lurah ini terdiri daripada lobus median dan lobus lateral (hemisfera) dan bersambung dengan batang otak melalui tiga pasang pedunkel. Struktur ini terlibat dengan penyelarasan otot dalam pergerakan, keseimbangan dan kedudukan tubuh.
12345678910...

Kembali ke atas