Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : (locéng) 1. sj alat drpd logam yg ber­geronggang, berbentuk cawan serta mem­punyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkap­kan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : /locèng/ alat yg dibuat drpd logam tuangan, berbentuk spt cawan (terdapat logam kecil tergantung di dlmnya) dan berbunyi kuat serta nyaring apabila digoyangkan atau dipukul; genta: ~ elektrik loceng yg dibunyikan dgn tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loceng

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektromagnetbesi lembut atau keluli yg menjadi magnet hanya apb arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya, mis yg terdapat dlm sistem telefon dan loceng elektrikKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas