Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : (locéng) 1. sj alat drpd logam yg ber­geronggang, berbentuk cawan serta mem­punyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkap­kan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : /locèng/ alat yg dibuat drpd logam tuangan, berbentuk spt cawan (terdapat logam kecil tergantung di dlmnya) dan berbunyi kuat serta nyaring apabila digoyangkan atau dipukul; genta: ~ elektrik loceng yg dibunyikan dgn tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loceng

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan oleh Contoh soalan: 1. Abang terjaga oleh deringan jam loceng. 2. Abang terjaga dengan deringan jam loceng. Mana satu yang betul?Penggunaan yang betul ialah Abang terjaga oleh deringan jam loceng.Tatabahasa30.04.2019
Apakah tanda baca bagi ayat berikut? Ring...loceng rehat berbunyi.Ring, loceng rehat berbunyi.Lain-lain28.02.2007
mohon semakan untuk penyataan ini Sila tekan loceng untuk perkhidmatan (atau) Sila tekan loceng untuk bantuan Terima kasihKedua-dua penyataan tersebut boleh digunakan bergantung pada pada konteks sama ada perkhidmatan atau bantuan yang hendak dinyatakan.Tatabahasa10.04.2009
Jam loceng yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring. Betulkah perkataan berdering dan perkataan nyaring yang digunakan di dalam ayat tersebut?Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih.

Berdering ialah sesuatu yang mengeluarkan bunyi berdering-dering atau mendering seperti bunyi loceng, telefon, giring-giring dan lain-lain,  manakala nyaring sesuatu bunyi yang kuat dan nyata yang merujuk keadaan atau hal nyaring. Oleh Itu,  ayat jam loceng  yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring  betul.

Makna16.05.2020
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘bila’ dan ‘apabila’ dapat digunakan di permulaan ayat. Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Cikgu Ella mula mengajar, murid-murid memberikan perhatian dengan sepenuhnya.Ayat yang betul ialah Apabila Cikgu Ella mula mengajar, murid-murid memberikan perhatian dengan sepenuhnya, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah loceng berbunyi?Tatabahasa26.10.2020
Tuan, untuk bunyi wisel, loceng dan hilaian hantu (selain dialog) dalam novel perlu ditulis bagaimana? (1) 'Prittt...!' atau "Prittt...!" (2) 'Kring...!' atau "Kring...!" Terima kasih.Dialog menggunakan tanda petik kata (" "), ejaannya "Kring ..." dan "Prit ...".Ejaan23.06.2012
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘apabila’ dan ‘bila’ dapat digunakan di permulaan ayat? Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar.Ayat yang betul ialah Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah anda berpindah?Tatabahasa23.10.2020
tuan, boelhkah tuan memberitahu saya apakah nama untuk wind chime dalam Bahasa Malaysia ? sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "wind chime". Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami terdapat istilah "door chime" yang padanan bahasa Melayunya ialah peranggu loceng pintu. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "wind chime" ialah peranggu loceng angin.Istilah23.04.2012
Manakah istilah yang sesuai untuk nama bagi objek Jam Besar yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad? 1. Jam Besar Menara Bangunan Sultan Abdul Samad 2. Menara Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad 3. Loceng Jam Menara Bangunan Sultan Abdul Samad 4. Jam Besar Bangunan Sultan Abdul SamadCadangan penamaan yang sesuai ialah Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad.Lain-lain22.02.2024
Tuan/Puan, 1. Perlukah kata pemeri 'ialah' digunakan untuk ayat-ayat berikut? (a) Aku ialah pemburu burung yang hebat. (b) Pantas berfikir, kelawar itu menjawab, "Oh, tapi aku bukan burung, aku ialah tikus." (c) "Oh, tapi aku bukan tikus," jawab kelawar. "Aku ialah kelawar." Kalau 'ialah' tidak perlu, mengapa? 2. Adakah penggunaan 'adalah' betul bagi ayat di bawah? Tikus yang bijiak itu berkata, "Apa yang aku ingin tahu adalah siapa yang berani untuk pergi dan mengikat loceng di leher kucing?" Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Sekian. Terima kasih.

1. Kata pemeri "ialah" boleh ada atau tiada dalam ayat tersebut. Sebagai kata pemeri "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.  

2. Penggunaan yang gramatis dalam ayat tersebut "ialah" sesuai dengan fungsinya sebagai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama.

Tatabahasa03.08.2011
12

Kembali ke atas