Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : (locéng) 1. sj alat drpd logam yg ber­geronggang, berbentuk cawan serta mem­punyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkap­kan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : /locèng/ alat yg dibuat drpd logam tuangan, berbentuk spt cawan (terdapat logam kecil tergantung di dlmnya) dan berbunyi kuat serta nyaring apabila digoyangkan atau dipukul; genta: ~ elektrik loceng yg dibunyikan dgn tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loceng

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
komburongoh, *komburongo* Kd1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus.Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gerunong, *gerunung* Ibgenta.Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sanggang Ibsejenis genta kecil.Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gorinding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gonding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wong, *wunf* Ibjeram.Malam itu mereka mendengar orang riuh seakan-akan bunyi orang yang menghadiri gawai, lengkap memakai pakaian tradisional orang-orang Iban. Logam perhiasan kain sarung mereka kedengaran berbunyi berteng-teng seperti bunyi burung emping aling yang sedang makan buah pokok kara. Begitu juga dengan loceng gerunong sanggang yang menjadi perhiasan ikatan pedang berbunyi gurong-gurong seperti bunyi jeram wong yang bertingkat lima.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas