Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : (locéng) 1. sj alat drpd logam yg ber­geronggang, berbentuk cawan serta mem­punyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkap­kan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : /locèng/ alat yg dibuat drpd logam tuangan, berbentuk spt cawan (terdapat logam kecil tergantung di dlmnya) dan berbunyi kuat serta nyaring apabila digoyangkan atau dipukul; genta: ~ elektrik loceng yg dibunyikan dgn tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loceng

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous ringing bellloceng dering berterusanTeknikElektrikLoceng yang akan berdering berterusan walaupun suis yang menghidupkannya dilepaskan. Loceng ini hanya boleh diberhentikan dengan menarik tuas yang terdapat pada loceng tersebut. Loceng begini biasanya digunakan untuk tujuan penggera elektrik.
belllocengArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang dijumpai di tapak arkeologi dan diperbuat daripada logam sama ada gangsa atau besi. Loceng ini dihasilkan dengan menggunakan teknik cetakan setangkup. Loceng ini juga digunakan dalam kehidupan seharian sama ada untuk upacara ritual atau kegunaan biasa. Loceng mempunyai pelbagai hiasan, saiz dan bentuk. Di Asia Tenggara, penggunaan loceng daripada logam dikesan semenjak Zaman Neolitik.
chimechimeKesenianTiada1. Satu perunggu loceng bertala. 2.Bunyi loceng berharmoni.
single stroke bellloceng satu lejangTeknikElektrikLoceng yang akan mengetuk gong hanya sekali apabila litarnya ditutup. Loceng jenis ini digunakan di kawasan get jalan kereta api atau kawasan perlombongan, untuk tujuan memberi isyarat atau digunakan di tempat-tempat yang isyarat panjang mengganggu pekerja.
trembler bellloceng bergetarTeknikElektrikLoceng yang akan berbunyi apabila suisnya ditekan dan tidak akan berhenti selagi suisnya tidak dilepaskan. Misalnya, loceng rumah.
bell indicatorpenunjuk locengTeknikElektrikPeranti yang mempunyai nombor untuk menunjukkan tempat dari mana datangnya panggilan atau berlakunya kecemasan. Penunjuk ini biasanya dipasang dengan loceng di bilik utama atau bilik pengawas. Apabila punat tekan loceng di tempat berkenaan ditekan, loceng akan berbunyi dan nombor penunjuk litar berkenaan akan dipaparkan. Ini dilakukan oleh elektromagnet yang terdapat pada setiap litar penunjuk itu.
bronze bellloceng gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada gangsa yang tergolong dalam Zaman Gangsa. Perkembangannya dianggarkan berlangsung sekitar 500 SM sehingga 500 M. Di Asia Tenggara, loceng gangsa yang terkenal berbentuk silinder yang mempunyai tangkai di bahagian puncaknya, manakala bahagian badannya pula mempunyai hiasan geometri. Loceng ini melambangkan status individu. Loceng ini digantung pada bahagian leher gajah milik golongan bangsawan, dan juga digunakan untuk tujuan perdagangan. Di Malaysia, loceng ini ditemui di Kampung Pencu, Muar (Johor).
bell transformerpengubah locengTeknikElektrikPengubah dua belitan langkah turun yang disambungkan pada bekalan utama untuk bekalan litar loceng. Voltan bekalan diturunkan daripada 240 V kepada tiga kadaran, biasanya 3 V, 6 V, dan 12 V. Pengubah ini boleh digunakan untuk bekalan litar loceng, pembaz atau gong.
door bellloceng pintuSosiologiTiadaLoceng elektrik yang disambung dengan pintu masuk untuk memberitahu kehadiran tetamu.
anchor bellloceng sauhPelayaranTiadaIsyarat loceng menunjukkan jarak rantai sauh yang dilepaskan ketika sauh dijatuhkan atau jarak rantai di luar ulup ketika menaikkan sauh.
12345678910...

Kembali ke atas